KOLOKIUM “BLOCK-CHAIN”

Selasa , 20 Ogos 2019 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan satu Kolokium “Block-Chain” yang telah berlangsung pada jam 9.30 pagi sehingga 12 tengahari bertempat di Bilik Seminar Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut.

Pihak pengurusan fakulti telah melantik dua orang pensyarah sebagai penceramah bagi kolokium pada kali ini. Beliau ialah Dr. Wan Aezwani Binti Wan Abu Bakar  dan Dr. Wan Nor Shuhada Binti Wan Nik.

Antara intipati kolokium pada kali ini yang dikongsi bersama adalah berkaitan gambaran sebenar keseluruhan teknologi Blockchain dan konsep “Smart Contract”.

Sesi perkongsian maklumat ini diadakan bagi berkongsi input daripada 2 orang wakil penceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Anuar Isa dari iEXPLOTECH, Keselamatan Maklumat Makmal Infrastruktur (INSTIL) dan Persatuan Penyelidikan Kriptologi Malaysia (MSCR) yang telah dijalankan pada bulan Julai yang lepas.

Di kesempatan ini, pihak fakulti ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Dr. Wan Aezwani Binti Wan Abu Bakar  dan Dr. Wan Nor Shuhada Binti Wan Nik dan barisan pensyarah yang terlibat sama dalam kolokium pada kali ini. Diharap pihak pengurusan fakulti juga dapat mengadakan lagi kolokium sebegini pada masa akan datang.

f0fe4a7f b558 4daa a7a7 f5c99e8a39db

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin