CYBER SMART DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU IBRAHIM

23 Julai 2019 (Selasa) – Fakulti Informatik dan Komputeran dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA) telah mengadakan satu Program Cyber Smart bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim, Setiu.

Program yang telah berlangsung ini merupakan suatu program komuniti berbentuk pendedahan siber kepada pelajar tingkatan 4 di SMK Tengku Ibrahim yang telah melibatkan pelajar semester 4 dibawah kursus Komputer, Etika Dan Sosial (ITD21203) daripada Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) UniSZA, Kampus Besut.

Program yang telah berlangsung selama hampir setengah hari ini juga telah turut sama disertai oleh YBrs. Dr. Nurnadiah Binti Zamri sebagai pensyarah pengiring daripada FIK.

Dikesempatan ini, pihak fakulti ingin merakamkan sekalung tahniah kepada YBrs. Dr. Nurnadiah Binti Zamri dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran serta para pelajar FIK yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan program sebegini yang memberi impak yang positif kepada para pelajar SMK Tengku Ibrahim.

67239729 2597206080506273 3203046593422950400 o

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin