Previous Next

TAZKIRAH BULANAN “KIAMAT SUDAH DEKAT” BAWA HADIRIN MUHASABAH DIRI

Seorang sahabat datang bertanyakan kepada Rasulullah SAW, bilakah akan berlakunya kiamat?

Rasulullah SAW yang ketika itu sedang menyampaikan tazkirah tidak menjawap, sebaliknya Baginda meneruskan ceramahnya.

Apabila selesai, Rasulullah SAW berkata, siapakah yang bertanya tadi dan sahabat itu menjawab: "Saya wahai Rasulullah." Lalu Baginda SAW bertanyakan sahabat berkenaan, apa yang sudah engkau siapkan untuk hari kiamat?

Ini bukti Rasulullah SAW juga tidak mengetahui bilakah akan berlakunya kiamat, justeru andai ada yang berkata mereka mengetahui bila kiamat, golongan itu bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah kerana Rasul, para nabi, para malaikat hatta Malaikat Israfil yang ditugaskan meniup sangkakala juga tidak mengetahui bilakah akan terjadinya hari kiamat.

Begitulah antara intipati tazkirah “Kiamat Sudah Dekat” yang disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Mat Hasan tadi di Dewan Audi, Blok D, Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut. Sesi tazkirah ini merupakan program anjuran Fakulti Informatik dan Komputeran.

Beliau yang merupakan pensyarah di Kolej Vokasional Besut meluangkan masa kira-kira satu jam bagi memberi pemahaman dan berkongsi ilmu kepada staf, pelajar dan seluruh Warga Kampus Besut.

Mengambil petikan Surah An-Naziat ayat 42, beliau bekata kiamat adalah perkara ghaib yang menjadi salah satu dari rahsia Allah. Sesiapa yang mempunyai keyakinan terhadap hari kiamat maka mereka sesungguhnya memiliki keimanan yang luar biasa. 

“Tanda besar kiamat akan berlaku secara serentak iaitu kemunculan Yakjuj dan Makjuj, keluarnya Dajjal, munculnya Imam Mahdi dan seterusnya turunnya Nabi Isa.

Menutup tirai tazkirah, beliau berpesan apapun yang terjadi, umat Islam harus bersiap-siaga, beriman dan beramal soleh kerana itulah hikmah yang tidak dijelaskan secara panjang lebar mengenai hari kiamat yang tiada siapa tahu kecuali Allah SWT. 

DSC 3939

 

Klik untuk tonton video penuh 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin