PHP WORKSHOP SIRI I

Program PHP Workshop Siri I ini adalah program yang dijalankan selama dua hari pada 6 hingga 7 Disember 2019 bertempat di Makmal Blok D, Fakulti Informatik Dan Komputeran. Program ini adalah salah sebuah program yang danjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) pada tahun ini.

Antara objektif utama program ialah untuk Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan PHP ini kerana tidak semua mahasiswa/I yang mahir tentang bahasa pengaturcaraan ini .Ini kerana, terdapat peserta yang menyertai program ini tidak pernah menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP. Selain itu, program ini dapat membantu pelajar tahun akhir dalam menyiapkan projek tahun akhir mereka.

Seramai 10 orang peserta yang menyertai program ini. Program bermula pada jam 9.00 pagi untuk sesi pendaftaran peserta sehingga 4.30 petang. Peserta didedahkan dengan cara untuk membuat ‘CRUD’ iaitu ‘create’, ‘retrieve’, ‘update’ dan ‘delete’. Selain itu, peserta diajar untuk memasukkan data ke dalam database. Peserta juga didedahkan dengan cara untuk desain sesuatu sistem dengan lebih menarik dan tidak terlalu keterlaluan yang akan membuatkan pengguna lain merasa sukar. Selain berkaitan dengan PHP, tenaga pengajar turut membantu peserta yang mempunyai masalah dalam meng’install’ perisian yang digunakan dan memberi sedikit tips jika berlaku masalah atau ‘error’ dalam melakukan coding.

Sebagai rumusan, Program PHP Workshop Siri I ini telah diadakan dengan lancar dan jayanya. Program ini juga telah mencapai objektif perlaksanaan dan hasil pembelajaran daripada program ini yang telah disasarkan kepada setiap peserta. Diharakan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi.

php

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3333

  • dummy 09-699 3215

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 28/01/2020 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin