SPEAKER CORNER FIK’S ENGLISH DAY 2

SELASA, 10 MAC 2020 – Speaker Corner FIK’s English Day yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) telah berlangsung sekali lagi buat kali keduanya bertarikh 10 Mac 2020 bersamaan hari Selasa bertempat di Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran. Speaker Corner kali ini telah dijalankan pada jam 11.30 pagi serta mendapat sambutan dan maklum balas yang baik dalam kalangan mahasiswa/i dalam memenuhi ruang sekaligus memeriahkan suasana diperkarangan fakulti termasuklah aktiviti jualan yang turut dianjurkan pada hari yang sama bersempena program FIK Entreprenuer Day.

Penganjur program pada kali ini telah menjemput dua orang pengucap iaitu wakil daripada Fakulti Informatik dan Komputeran iaitu pengucap pertama saudara Muhammad Noorsafiq Bin Nawi, mahasiswa daripada program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet) semester 2 dan pengucap kedua ialah saudari Nur Raidah Hazwani Binti Ramli, mahasiswi daripada program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media) semester 4. Kedua-dua pengucap telah menyampaikan tajuk yang berbeza dan menarik berkaitan isu kesihatan dan psikologi manusia. Tajuk yang dikupaskan oleh kedua-dua pengucap dapat memberi informasi serta pengetahuan yang positif kepada para penuntut pengajian khususnya kehidupan sebagai seorang pelajar.

Pengucap pertama, saudara Noorsafiq telah menyampaikan tajuk “How to live a healthy life” yang berfokuskan lima isi penting termasuklah kepentingan menjaga kesihatan, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang, mengamalkan aktiviti yang sihat seperti bersenam, kepentingan mengawal tekanan diri serta keperluan meminum air yang secukupnya. Seterusnya, pengucap kedua, saudari Raidah pula telah menyampaikan tajuk “Insecure” yang berfokuskan kepada situasi atau keadaan diri seseorang yang tidak mempunyai keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang disekelilingnya. Pengucap juga menghuraikan juga cara-cara untuk mengatasi masalah ini termasuklah dengan membina keyakinan diri, menjaga kesihatan dan emosi, sentiasa membuat aktiviti yang disukai dan cuba menonjolkan diri dan banyak lagi.

Kesimpulannya, program ini amat bermanfaat buat mahasiswa/i untuk mempunyai keyakinan diri berucap dihadapan khalayak ramai serta turut mendorong mereka untuk mencungkil bakat dalam pengucapan awam. Justeru itu, jelaslah program ini dapat mencapai objektif program sekaligus dapat menggalakkan ramai lagi mahasiswa/i untuk menyertai program Speaker Corner ini pada masa akan datang.

corner1corner2corner3corner4

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 10/04/2020 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin