Previous Next

MAJLIS HI-TEA SEMPENA MERAIKAN PERSARAAN STAF FIK

FIK telah mengadakan satu majlis serba sederhana tetapi penuh gilang gemilang pada 12 Februari 2020 di Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak. Fik telah kehilangan dua (2) orang staf yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan di UniSZA iaitu En Mohd Isa bin Awang dan En Zaami bin Mohamad.

Majlis yang dihadiri oleh semua kakitangan FIK berlangsung penuh meriah bagi meraikan dua orang staf yang pernah berjasa menabur bakti di fakulti. Fakulti amat merasa kehilangan kerana mereka berdua merupakan staf yang sangat berdedikasi dan mempunyai komitmen tinggi dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini menjadi kekuatan dan tunggak kepada FIK amnya dan UNiSZA khasnya.

Seluruh warga FIK mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada En Mohd Isa bin Awang dan En Zaami bin Mohamad dengan iringan doa semoga mereka berdua sihat sejahtera dibawah payung rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 02/10/2020 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin