Majlis Anugerah Cemerlang Fakulti Informatik dan Komputeran Sesi 2019/2020

Walaupun negara sedang dilanda wabak pandemik yang menyebabkan semua urusan PnP diadakan secara dalam talian, FIK tetap jua mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) bagi Sesi 2019/2020 secara dalam talian pada 18 November 2020 bagi meraikan pelajar-pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Dekan FIK, Prof. Madya. Dr. Ahmad Nazari bin Mohd Rose itu telah disiarkan secara langsung di Facebook Live  tepat jam 3 petang dan disertai lebih kurang 250 orang penonton yang terdiri dari kalangan pelajar, pensyarah serta kakitangan FIK.

Dekan dalam ucapan perasmiannya menyatakan sejak bermulanya pandemik ini, kesunyian dan kerinduan para pensyarah kepada para pelajar yang menjadi denyut nadi kampus semakin terasa. Beliau turut memaklumkan sebilangan pelajar FIK telah menerima insentif bantuan bagi pembelian data dan bantuan peminjaman laptop bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran secara dalam talian. Usaha semua pihak adalah perlu bagi memastikan para pelajar tidak akan ketinggalan dalam pembelajaran.

Dengan adanya program seperti ini, ia diharapkan menjadi satu galakan kepada para pelajar untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan menimbulkan rasa minat di kalangan pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum seterusnya memberikan motivasi kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan.

Pelajar yang diraikan pada majlis tersebut adalah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan memperoleh Anugerah Dekan pada Sem I & II Sesi 2019/2020. Senarai pemenang bagi Anugerah Terbaik pelajar adalah seperti berikut :

Anugerah Pelajar Terbaik Program Sem I 2019/2020:

  1. Koay Yong Cett – SMSK(KRK)
  2. Siti Nur Hasanah Afiqah Binti Anizam - SMSK(PP)
  • Ooi Jing Xian – SMSK(KI)
  1. Nur Haidah Binti Zahrim - DTM
  2. Nurul Syuhaidah Binti Mohd –SMTM(IM)
  3. Athirah  Binti Hamzi -DTMM

 

Anugerah Pelajar Terbaik Program Sem II 2019/2020:

  1. Koay Yong Cett –SMSK(KRK)
  2. Yong Jing Xian – SMSK(PP)
  • Fasya Awatif Binti Hamam – SMSK(KI)
  1. Nur Haidah Binti Zahrim - DTM
  2. Muhammad Irsyaduddinbin Mohd Yusri – SMTM(IM)
  3. Athirah Binti Hamzi - DTMM

 

Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Sem I 2019/2020:

Koay Yong Cett

Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti Sem II 2019/2020:

Fasya Awatif Binti Hamam

Anugerah Usaha Siswa/I

                                Nur Najziera Misdariah Nurudin

Anugerah Siswa/I MIthali

Syakir Muhsin Bin Mohamad

Majlis turut tidak ketinggalan meraikan staf akademik dan staf sokongan yang menunjukkan prestasi cemerlang pada sesi lepas. Senarai Pemenang adalah seperti berikut :

Anugerah Penerbitan

Prof. Dr. Mustafa Mamat

Anugerah Penyelidikan

Ts. Dr. Ismahafezi Ismail

Anugerah Pengajaran Harapan

Dr. Siti Sabariah Abas

Anugerah Pengajaran

Ts. Norkhairani Abdul Rawi

 

Anugerah Staf Sokongan Terbaik

Nor Mazlina Md. Nor

Mohd Supian Tawang

 

banner Large

Tonton Siaran Rakaman

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin