Program Webinar bertemakan Embracing IR4.0

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) UniSZA Kampus Besut telah berjaya mengadakan Program Webinar bertemakan ‘Embracing IR4.0’ yang merupakan sesi perkongsian ilmu antara FIK, Oracle Malaysia dan UPNVJ, Indonesia. Webinar ini telah diadakan pada 24 November 2020 bermula jam 9.30 pagi sehingga 3.30 petang. 

Objektif utama Program Webinar ini adalah untuk berkongsi kepakaran ilmu antara FIK-Oracle-UPNVJ, mengumpulkan pelajar Malaysia – Indonesia dalam satu aktiviti dan memperkenalkan isu-isu terkini yang berkait dengan elemen IR 4.0.

Program Webinar ini telah berjaya mengumpul sebanyak 150-200 peserta pada setiap sesi yang terdiri dari kalangan pensyarah, pelajar FIK dan UPNJ serta peserta luar. En Fitri Ibrahim yang mewakili pihak Oracle telah membentangkan tajuk ‘Preparing The Next Generation Computer Scientist’ yang membincangkan ciri-ciri utama yang perlu ada pada setiap pelajar untuk menjadi seorang Ahli Sains Komputer yang berjaya.

Manakala Cik Ika Nurlaili yang merupakan pensyarah daripada UPNJ telah berjaya membawakan perbincangan yang  amat menarik mengenai ‘Political Informatics: Information Retrieval Cases on Political Trends’ yang berkaitan dengan trend politik dunia masa kini dan panel terakhir merupakan pensyarah FIK sendiri iaitu Prof Madya Ts. Dr. Fatma Susilawati Mohamad yang membincangkan tajuk ‘IR 4.0: From Zero to Hero’ di mana PM Dr. Fatma menerangkan perubahan yang berlaku sejak konsep Revolusi Industri 1.0 diperkenalkan sehingga kini.

Theme Embracing IR4 0 2

3 Custom

4 Custom

5 Custom

1 Custom

2 Custom

1606703955769 Custom

1606703955861 Custom

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin