DUNIA ALAF BAHARU: KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA & MOTIVASI DIRI

Pada 3 Disember 2021 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1443H telah berlangsungnya satu program motivasi di Fakulti Informatik Dan Komputeran secara atas talian yang bertajuk “Dunia Alaf Baharu: Keruntuhan Akhlak Remaja & Motivasi Diri” yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK) 20/21 dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UniSZA. Program motivasi ini telah dimeriahkan dengan kehadiran seorang pakar motivasi, bimbingan dan kaunseling iaitu Encik Jumat Bin Mohd Salleh dan ia terbuka kepada semua pelajar. Program ini dijalankan secara atas talian yang menggunakan medium Facebook Live PMFIK.

Antara intipati penting yang diperolehi daripada program motivasi ini ialah tentang langkah-langkah membentuk jati diri remaja, punca yang menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak remaja, peranan mahasiswa/i dalam menjadi seorang remaja sahsiah dan 3 faktor utama dalam pembentukan remaja. Melalui perkongsian daripada ahli panel jemputan ini membawa impak yang positif dalam diri mahasiswa/i di samping membantu para mahasiswa/i untuk menjadi remaja yang berakhlak dan berpengetahuan luas dalam semua aspek.

Secara keseluruhannya program “Dunia Alaf Baharu: Keruntuhan Akhlak Remaja & Motivasi Diri” berjalan dengan sangat lancar dan jayanya serta dapat memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat. PMFIK bersama dengan Pengurusan FIK berharap mahasiswa/i UniSZA dan semua penonton dapat menggunakan segala intipati daripada program ini untuk menjadi mahasiswa/i yang bermotivasi tinggi di samping mewujudkan rasa sayang akan diri sendiri serta meningkatkan pemahaman mahasiswa/i dalam menerajui kehidupan agar tidak mudah  terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif. PMFIK juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Penceramah Jemputan, Pengurusan FIK dan Pejabat Timbalan Naib Censelor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) kerana memberi kepercayaan dan meluluskan program ini. Semoga program “Dunia Alaf Baharu: Keruntuhan Akhlak Remaja & Motivasi Diri” bermanfaat seperti ini dapat dijalankan pada tahun yang akan datang serta mendapat sokongan penuh daripada semua pihak.

motivasi

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin