HARI KECERGASAN KAMPUS BESUT

Pada 28 Januari 2022 telah berlangsungnya satu program iaitu program “Hari Kecergasan Kampus Besut yang telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Komputeran (PMFIK) 20/21 dengan menjemput Dr. Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris , Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran dan En. Mohd Fauzan Bin Haji Ariffin Pegawai Belia dan Sukan UniSZA Kampus Besut untuk melakukan Flag Off Colour Run.

Selain daripada acara Besut Campus Color Run , telah berlangsung satu lagi aktiviti iaitu King Of Ping Pong . Program ini terbuka kepada semua mahasiswa/i UniSZA . Antara intipati yang diperoleh daripada program ini ialah dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara mahasiswa/i UniSZA .Justeru itu , mahasiswa UniSZA juga dapat mengetahui kebaikan apabila menyertai aktiviti-aktiviti kecergasan seperti ini.

Secara keseluruhannya, program “Hari Kecergasan Kampus Besut” telah berjalan dengan sangat lancer dan jayanya serta dapat memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat. Bukan itu sahaja, harapan PMFIK ingin melihat mahasiswa/i UniSZA dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dapat menggunakan segala intipati daripada program ini untuk menjadikan mahasiswa insan yang sentiasa sihat dan cergas. PMFIK juga merakamkan jutaan terima kasih dan ucapan penghargaan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) kerana memberi kepercayaan dan meluluskan program ini. Semoga program “Hari Kecergasan Kampus Besut” yang bermanfaat seperti ini dapat dijalankan pada sesi yang akan dating serta mendapat sokongan penuh dari semua pihak.

hari kecergasan kampus besut

king ping pong

color run

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin