ENGLISH TALK WEEK

Program English Talk Week dijalankan selama sehari pada 23 Mac 2022,rabu secara atas talian. Program berkala ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Program English Day pada malam ini merupakan versi pertama untuk semester ii sesi 21/22. Antara objektif utama program ialah memberi peluang kepada pelajar FIK untuk menonjolkan bakat mereka bercakap dalam bahasa inggeris. Selain itu, program ini membantu pelajar FIK dari segi kemahiran insaniah supaya dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggris dengan yakin dan lancar.

Program bermula jam 9:00 malam dengan kemasukan ke dalam link google meet. Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan mesra dan kata aluan daripada modarator iaitu Shaanjiv Nair yang merupakan Exco Akademik & Integriti PMFIK 21/22 dan Sharil Azwa yang merupakan mantan Yang Dipertua PMFIK sesi 20/21. Selepas itu, sesi public speaking dimulakan. Seramai dua orang pelajar yang telah memberikan ucapan mereka mengikut topik yang disediakan iaitu “New Study Era due this Pandemic”. Mereka memberikan input dan dan berkongsi pengalaman yang bermanfaat untuk para dengar yang menyertainya.

Selepas itu, program diteruskan dengan aktiviti permainan “Two Truth and A Lies” yang dikendalikan oleh Shaanjiv Nair yang juga merupakan Exco Akademiki & Integriti PMFIK. Permainan ini mendapat sambutan baik oleh empat orang penonton. Mereka kelihatan sangat fasih berbahasa inggeris dan sering berbalas fakta antara mereka. Selepas permainan ini selesai, program ini ditamatkan kerana kesuntukan masa. Secara keseluruhannya, program “English Day” berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta.Sekian, terima kasih.

english week

english week 2english week 3

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin