BESUT CAMPUS ASSEMBLE 2022

Pada 1 dan 2 April 2022 bersamaan 29 dan 30 SYA’BAN 1443H telah berlangsungnya satu program secara atas talian dan juga secara bersemuka iaitu program Besut Campus Assemble yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23 dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA 22/23. Penglibatan program ini adalah terbuka kepada semua persatuan dan kelab-kelab yang berada di UniSZA. Menggunakan medium Webex pada 1 April, program ini berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran Prof Dr Mohd Nordin Bin Abdul Rahman, Pengarah Kampus Besut untuk merasmikan majlis perasmian tersebut. Pada 2 April pula, program diteruskan dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Dr Nor Aida Bt Mahiddin, Wakil TD HEPA UniSZA Kampus Besut yang dilangsungkan di Auditorium Fakulti Informatik & Komputeran Kampus Besut.

Antara aktiviti yang dilakukan pada 2 April adalah pameran daripada kelab-kelab yang ada di UniSZA. Antara kelab yang hadir adalah Persatuan Taekwondo, Pertubuhan Seni Silat Gayong Jati Malaysia (PSSGJM), Sekretariat Rakan Muda, JAPSAR, Kelab Pemikir, Kelab Astronomi (KASTRO), PERSIS, Kelab Kerjaya UniSZA, Kelab Memanah, dan banyak lagi. Terdapat juga jualan yang dilakukan daripada Kelab Keusahawanan dan juga peniaga dari luar yang berniaga sewaktu program berlangsung.

Secara keseluruhannya program Besut Campus Assemble 2022 berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program kekal pada 1 dan 2 April iaitu seramai lebih 100. Selain itu, kehadiran setiap persatuan yang turut serta dalam program ini telah dapat menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti luar kelas dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang keberadaan kelab-kelab yang ada UniSZA dan melibatkan diri mereka dalam aktiviti yang dilakukan oleh kelab yang disertai. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran(PMFIK) 22/23 kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan kerjasama Perwakilan Pelajar Beruniform UniSZA 22/23. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan aktiviti kokurikulum di masa akan datang.

1

2

3

4

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin