PROGRAM BICARA INSPIRASI

NAMA PROGRAM: BICARA INSPIRASI

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)

TEMPAT: AUDITORIUM FIK & FB LIVE PMFIK

 

 

              Program Bicara Inspirasi telah berlangsung pada hari sabtu 28 Mei 2022 secara hybrid iaitu di Auditorium FIK dan FB live PMFIK. Program ini dianjurkan oleh Exco Akademik & Integriti, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Objektif utama program ini adalah untuk memberi motivasi bagi mahasiswa/i yang mempunyai PNGK 2.5 ke bawah dan inspirasi bagi mahasiswa/i yang mempunyai PNGK 3.5 ke atas serta mahasiswa/i yang lain. Selain itu, menimbulkan kesedaran dari aspek pentingnya akademik bagi sebuah kejayaan diiringi akhlak mulia bagi melahirkan insan holistik. Di samping itu, galakan berlakunya transformasi diri dalam diri mahasiswa/i dengan memahami pembangunan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

            Program ini dbahagikan kepada dua slot. Slot 1: “Bagaimana menjadi pelajar yang baik dan Berjaya?” dan slot 2: “Student-Life Harmony”. Sesi bagi slot pertama bermula pada pukul 9 pagi. Bagi slot 1 melibatkan dua orang panel. Panel yang pertama adalah Saudari Nur Syafiqah Azim binti Mohd Zainurin yang merupakan Alumni UniSZA dan penerima Anugerah Diraja UniSZA & Tokoh Siswa Mithali. Manakala panel yang kedua adalah Saudara Muhamad Izran Iskandar bin Rusli yang merupakan Alumni UniSZA dan penerima Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti. Moderator pada slot 1 adalah saudari Nur Hanum Izzati binti Zulkipli. Seterusnya pada slot 2 yang diberi tajuk “Student-Life Harmony” bermula pada pukul 11.35 pagi. Panel bagi slot ini adalah Dr Nur Hayati binti Jasmin selaku Pensyarah Fakulti Sanis Kesihatan, UniSZA dan dikendali oleh Saudari Nur Awfa binti Mohd Hilmi. Slot kedua berakhir pada pukul 12.55 tengah hari. Pada jam 1 petang, perasmian penutup disempurnakan oleh Dr. Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris diikuti sesi bergambar.

              Maklum balas para peserta yang terlibat dengan program ini, sangat berpuas hati dengan kedua-dua slot yang telah dijalankan. Semua peserta terinspirasi dengan para panel di slot satu dan memperolehi pengetahuan baru di slot kedua serta berharap agar program ini dijalankan lagi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

 


LAMPIRAN

 

 

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin