PROGRAM IT4U 2022 : APLIKASI INTERAKTIF (ADOBE ANIMATE)

 

NAMA PROGRAM:

: IT4U 2022: APLIKASI INTERAKTIF (ADOBE ANIMATE)

ANJURAN:

: FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

  PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

DENGAN KERJASAMA

: PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI)

  PUSAT KERJAYA, TEKNOUSAHAWAN DAN JARINGAN PINTAR (PaKaT)

  JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU (JPNT)

  AHLI PARLIMEN JERTEH

TARIKH:

:18 JUN 2022

TEMPAT:

 

: FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

 

2.1.png

2.2.png 

 

           Pada tanggal 18 Jun 2022 , telah berlangsungnya Program IT4U 2022: Aplikasi Interaktif (Adobe Animate) oleh Fakulti Informatik dan Komputeran Bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pusat Kerjaya, Teknousahawan, dan Jaringan Pintar (PaKaT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT). Program ini kami telah menjemput tenaga pengajar  Puan Maizan binti Mat Amin dan  En. Mat Atar bin Mat Amin iaitu pensyarah daripada Fakulti Informatik dan Komputeran yang pakar dalam bidang animasi untuk memberikan beberapa ilmu animasi kepada peserta yang hadir dalam bengkel tersebut. Program ini mempunyai sebanyak 3 slot yang telah dilaksanakan secara bersemuka di Fakulti Informatik dan Komputeran.

           Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh para peserta yang hadir daripada sekolah-sekolah menengah yang tepilih. Pendaftaran tersebut diadakan di Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran. Bagi bengkel ini mempunyai sebanyak 34 peserta daripada 11 buah sekolah  sekitar negeri Terengganu yang telah menghantar peserta untuk menyertai bengkel. Antara sekolah yang telah menghantar peserta  adalah SMK Tengku Ibrahim,  SMK Chalok, SM Sains Setiu, SMK Batu Rakit, SMK Penarek, SMK Kompleks Tembesu, SM Agama Setiu, SMK Sungai Tong, SMK Ibrahim Fikri, SMK Agama Wataniah, dan SMK Agama Nurul Ittifaq.

           Seterusnya, Program IT4U 2022: Aplikasi Interaktif (Adobe Animate)  ini dimulakan dengan slot pertama iaitu Pengenalan kepada aplikasi Adobe Animate  oleh Puan Maizan binti Mat Amin dan  En. Mat Atar bin Mat Amin tenaga pengajar pada hari tersebut. Slot ini bermula pada jam 9.00 pagi, fasi memulakan sedikit taklimat kepada peserta kemudian menyerahkan kepada tenaga pengajar, En Mat Atar bin Mat Amin serta dibantu oleh Puan Maizan binti Mat Amin. Setiap peserta telah dilengkapi PC/laptop di dalam lab serta modul pelajaran. Kemudianya, En Mat Atar memulakan pengajaran aplikasi interaktif (Adobe Animate) dengan merujuk modul yang telah disediakan dan ikuti oleh peserta dengan baik. Seramai 4 fasilitator turut membantu dalam memantau peserta serta dibimbing oleh Puan Maizan. Kesemua peserta amat asyik dengan perkara baru yang dipelajari mereka sehingga waktu rehat tiba.

            Slot 2 bermula pada jam 10.30 pagi iaitu slot pembuatan scene dengan mengunakan adobe animate oleh para peserta. Slot ini, peserta akan mengedit scene mengikut kekreatifan idea  masing-masing yang mengikuti panduan yang telah diajar oleh tenaga pengajar. Meneruskan lagi program, Puan Maizan mengambil alih seketika bagi menyambung pelajaran. Peserta semakin aktif mengikuti modul yang diberikan. Dengan bantuan keempat-empat fasilitator, peserta dapat menguasai satu per satu tugasan yang diberikan. Kemudian diambil alih pula oleh En Mat Atar bagi menyambung modul serta penerangan bagi aktiviti untuk slot 3 iaitu aktiviti pertandingan.

Kemudian slot 2 berakhir pada pukul 1.00 petang, memberi peluang kepada peserta untuk makan dan solat zuhur sebelum slot 3 bermula.

            Slot 3 bermula pada jam 2.00 petang, fasilitator memberi arahan dan panduan bagi memulakan pertandingan seperti yang diarahkan oleh tenaga pengajar. Peserta dibahagikan kumpulan iaitu dalam satu kumpulan mempunyai seramai 5 atau 4 orang bagi memulakan pertandingan Aplikasi Interaktif dengan menggunakan 1 PC/laptop setiap kumpulan. Setiap PC/laptop yang digunakan oleh setiap kumpulan ditanda dengan nombor kumpulan bagi penilaian pertandingan.Sesi pertandingan ini bermula secara berkumpulan untuk menghasilkan sebuah video animasi mengikut tema yang diberikan iaitu fakta tentang dua tempat menarik di Besut iaitu Pulau Perhentian dan Bukit Bubus. Peserta pertandingan hendaklah membangunkan scene dengan memasukkan imej, animasi atau video mengenai dua tempat tersebut.Kesemua peserta amat memberi kerjasama antara satu sama lain walaupun dari sekolah yang berlainan. Kesemua fasilitator juga turut membantu bersama Puan Maizan. Kemudian,Setelah masa sudah tamat, peserta diarahkan ke auditorium dengan iringan salah seorang fasilitato dan diteruskan dengan penilaian kumpulan oleh En Mat Atar dan bersama Puan Maizan. Tiga kumpulan terbaik dipilih lalu diserahkan kepada pengacara majlis oleh fasilitator untuk diumumkan dalam majlis penutup..

            Sebagai penutup, Majlis Perasmian Penutup IT4U 2022 telah berlangsung pada jam 4.00 petang dan telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Mokhairi bin Makhtar, Pengarah, Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), UniSZA. Kemudian , diikuti dengan sesi penyampaian cenderahati, hadiah dan cabutan bertuah kepada penceramah dan para peserta yang hadir.             

            Secara keseluruhannya Program IT4U 2022: Aplikasi Interaktif (Adobe Animate)  berjalan dengan lancar dan jayanya. Hal ini dapat dilihat apabila peserta. Seterusnya, harapan agar Program ini meningkatkan. Penghargaan terima kasih juga kepada Fakulti Informatik dan Komputeran dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) sesi 2021/2022 kerana telah menganjurkan program sebegini serta dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) . Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi me. Jutaan terima kasih kepada Puan Maizan binti Mat Amin dan  En. Mat Atar bin Mat Amin, Pensyarah, Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut, sebagai penceramah jemputan yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan kepada para peserta yang hadir ke program ini, serta syabas kepada semua peserta yang sudi menyertai Program IT4U 2022: Aplikasi Interaktif (Adobe Animate)  .

 

 

Sesi Pendaftaran

3.2.jpg 

4.2.jpg

5.2.jpg

Bengkel slot 1 : Pengenalan Adobe Animate

6.2.jpg 

 

                                                               7.2.jpg                     

 

8.2.jpg                                       

 

Bengkel Slot 2 : Pembuatan scene dengan mengunakan adobe animate

9.2.jpg 

 

10.2.jpg 

                                                                                                                         

 

11.2.jpg 

 

Sesi bergambar bersama penceramah dan peserta bengkel

12.2.jpg 

                                                                                                              

Majlis Perasmian Penutup

(Dirasmikan oleh :  Prof. Ts. Dr. Mokhairi bin Makhtar, Pengarah, Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT),  UniSZA.)

 

13.2.jpg

 

14.2.jpg

 

                 17.2.jpg

16.2.jpg

15.2.jpg

                                                                       

Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan

 

18.2.jpg

 

19.2.jpg

 

20.2.jpg 

                                                                                                       

Penyampaian Cenderahati kepada penceramah 

 

21.2.jpg

 

22.2.jpg

 

Sesi cabutan bertuah

23.2.jpg 

24.2.jpg

 

25.2.jpg

 

Sesi bergambar bersama tetamu yang hadir 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin