PROGRAM SENTUHAN MUHIBBAH JALINAN AIDILFITRI FIK 2022

NAMA PROGRAM    :           PROGRAM SENTUHAN MUHIBBAH JALINAN AIDILFITRI FIK 2022

ANJURAN                  :           PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH                      :           27 MEI 2022

MEDIUM                     :           BERSEMUKA

 

 GAMBAR 1

 

 Figure 1 Poster Program

 

Pada tanggal 27 Mei 2022 bersamaan 26 Syawal 1443H, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) telah menjalankan Program Sentuhan Muhibbah Jalinan Aidilfitri FIK 2022 dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Program ini telah melibatkan semua staff, pelajar dan warga FIK di UniSZA Kampus Besut. Program ini juga telah berlangsung secara bersemuka di Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut.

Antara sub program yang dijalankan adalah Aktiviti Rewang Syawal yang berlangsung pada 26 Mei 2022 tepat jam 9.00 malam di Cafe Mamada, UniSZA Kampus Besut. Aktiviti ini telah melibatkan beberapa ahli jawatankuasa PMFIK dan sukarelawan.

Program Sentuhan Muhibbah Jalinan Aidilfitri FIK 2022 ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari bin Mohd Rose, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran. Program ini telah dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah makanan antaranya adalah ketupat, laksa, sate dan lain-lain lagi. Selain itu, program ini juga telah melibatkan sekumpulan pelajar iaitu daripada kumpulan 3Voices yang merupakan sekumpulan penyanyi nasyid.

Secara keseluruhannya, Program Sentuhan Muhibbah Jalinan Aidilfitri FIK 2022 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Hal ini dapat dilihat apabila penyertaan yang memberangsangkan serta kerjasama daripada para pelajar dan pelbagai pihak bagi menjayakan program ini. Seterusnya, harapan agar program ini dapat membantu lagi menguatkan lagi ukhuwah dan hubungan silaturahim di antara staf dan pelajar. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) sesi 2022/2023 dan para sukarelawan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana telah menganjurkan program sebegini dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi memberi kesedaran kepada warga FIK tentang indahnya bulan Syawal pada tahun hadapan. Jutaan terima kasih kepada YBrsh. Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari bin Mohd Rose, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran, para VIP dan warga FIK yang terlibat kerana sudi memeriahkan Program Sentuhan Muhibbah Jalinan Aidilfitri FIK 2022.

 

PROGRAM REWANG SYAWAL

       
  2   3
 

 

 

 

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SENTUHAN MUHIBBAH JALINAN AIDILFITRI FIK 2022

 

       
  4   5
 

 

Gambar 1 VIP sedang menjamu selera                                 Gambar 2 Pelajar sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan

 

6

Gambar 3 Persembahan pelajar daripada kumpulan 3Voices

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin