PROGRAM SEMINAR PENGUPAYAAN ORGANISASI PMFIK 2022

 

NAMA PROGRAM:

SEMINAR PENGUPAYAAN ORGANISASI PMFIK 2022

ANJURAN:

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

TARIKH:

14 MEI 2022

TEMPAT:

 

MAKMAL UniSZA DIGITAL HUB , FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

SEM1.png

 

 

Pada tanggal 14 Mei 2022 , telah berlangsungnya Seminar Pengupayaan PMFIK 2022 oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Seminar ini kami telah menjemput penceramah En. Wan Marisa bin Wan Mohd Noor daripada Fakulti Informatik dan Komputeran yang memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir fakulti untuk memberikan beberapa pendedahan dalam mengendalikan sesuatu organisasi kepada semua ahli PMFIK. Seminar ini mempunyai sebanyak 3 slot yang telah dilaksanakan secara bersemuka di Makmal UniSZA Digital Hub, Fakulti Informatik dan Komputeran.

Seminar ini dimulakan dengan sesi pengenalan antara ahli PMFIK iaitu sesi Ice breaking Pada jam 8 pagi. Sesi ini bertujuan untuk mengetahui personaliti setiap ahli PMFIK bagi merapatkan lagi hubungan dan menjadikan mereka sebuah organisasi yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tambahan pula dengan aktiviti ini semua ahli dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengendalikan sesebuah organisasi dan dapat saling tolong-menolong dalam melaksanakan sesuatu program yang diadakan oleh organisasi.

Seterusnya, Seminar Pengupayaan Organisasi ini dimulakan dengan slot pertama iaitu Pengurusan Surat Menyurat dengan panduan daripada En. Wan Marisa bin Wan Mohd Noor penceramah jemputan pada hari tersebut.Slot ini bermula pada jam 8.30 pagi. Pengurusan surat menyurat ini menekankan format yang betul dalam menulis surat rasmi kepada pihak yang tertentu. Pada slot ini, semua ahli diminta untuk menulis surat dalam kumpulan oleh penceramah. Selepas semua kumpulan selesai menulis surat dalam format yang betul, wakil bagi setiap kumpulan diminta untuk membentangkan surat yang ditulis.

           

            Slot 2 bermula pada jam 11.00 pagi. Slot ini memberi panduan kepada semua ahli format yang betul untuk menulis kertas kerja program dan menyusun fail dalam kumpulan masing- masing.

Pada slot ini ia dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada ahli beberapa elemen yang perlu ditulis dalam kertas kerja bagi melaksanakan sesuatu program.Hal ini dapat membantu setiap ahli mengurangkan kesalahan yang ketara dalam penulisan kertas kerja ini.Kemudian, Penceramah juga memberikan panduan kepada ahli untuk menyusun fail dengan lebih teratur mengikut nombor rujukkan pada surat yang diterima atau dikeluarkan daripada organisasi.

            Slot 3 mesyuarat dan penyediaan minit mesyuarat, pengurusan majlis rasmi. Slot ini bemula pada pukul 2.00 petang. Peserta diminta untuk melakukan mesyuarat dalam kumpulan bagi menunjukkan cara yang betul dalam sesebuah organisasi semasa mengadakan mesyuarat. Slot ini juga mengajar para peserta cara untuk menjalankan majlis rasmi dalam melakukan sesuatu program oleh organisasi. Sebagai penutup, sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sesi fotografi bersama para peserta turut dijalankan.

           

Secara keseluruhannya Seminar Pengupayaan Organisasi PMFIK 2022 berjalan dengan lancar dan jayanya. Hal ini dapat dilihat apabila semua ahli PMFIK dapat memahami dengan lebih mendalam bagi menguruskan sesuatu organisasi yang di anggotai dan menjadikan mereka lebih cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Seterusnya, harapan agar Seminar ini meningkatkan kemahiran PMFIK dari segi mengurus, memimpin dan melaksanakan aktiviti dalam persatuan yang dianggotai. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) sesi 2021/2022 kerana telah menganjurkan program sebegini serta dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga seminar seperti ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi barisan kepimpinan PMFIK daripada semasa ke semasa. Jutaan terima kasih kepada En Wan Marisa bin Wan Mohd Noor, Pembantu Tadbir, Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut, sebagai penceramah jemputan yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan mengenai cara mengendalikan sesuatu organisasi kepada semua ahli PMFIK, serta syabas kepada semua ahli yang sudi menyertai Seminar Pengupayaan Organisai PMFIK 2022.

 

Sesi Ice Breaking bersama ahli PMFIK

 

           
    SEM2.jpg
 
    SEM4.jpg
  SEM3.jpg
 

 

                                                                                                                          

Slot 1 : Pengurusan Surat Mesyuarat

 

SEM5.jpg

SEM6.jpg  

       
  SEM7.jpg
    SEM8.jpg
 

 

 

Slot 2 : Sistem Fail dan Rekod, penyediaan kertas kerja

 

       
  SEM9.jpg   SEM10.jpg
 

 

 
  SEM11.jpg

 

                                                                                                                         

 

Slot 3 : Mesyuarat dan Penyediaan Minit Mesyuarat, Pengurusan Majlis Rasmi

 

 
  SEM12.jpg

 

SEM13.jpg

           

 

Sesi penyampaian cenderamata dan bergambar

 

       
    SEM15.jpg
  SEM14.jpg
 

 

                                                                                                              

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin