PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

 

NAMA PROGRAM:

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

ANJURAN:

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN DAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEPA).

TARIKH:

31 OGOS 2022

MEDIUM:

TEMPAT:

BERSEMUKA

FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

 

 

 

Pada 31 Ogos 2022 bersamaan 3 Safar 1444H telah bermulanya Sambutan Bulan Kemerderkaan yang berlangsung secara bersemuka di Fakulti Informatik dan Komputeran yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni. Penglibatan program ini terbuka kepada semua pelajar di uniSZA Kampus Besut.

Seramai 39 orang pelajar Diploma dari Fakulti Informatik dan Komputeran beserta urusetia program telah menghadiri majlis penutupan program pada hari tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah pertandingan poster digital, pertandingan video kreatif dan aktiviti explorace kemerdekaan. Terdapat 21 orang peserta bagi pertandingan poster digital dan 4 orang peserta bagi pertandingan video kreatif telah menyertai pertandingan. Penyertaan mahasiswa/i begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan poster digital dan aktiviti explorace kemerdekaan.

Pada tanggal 21 Ogos link pendaftaran bagi peserta pertandingan poster digital dan pertandingan video kreatif dibuka selama 1 minggu sehingga 29 Ogos. Selepas pendaftaran, para peserta boleh memulakan untuk mereka dan menghasilkan karya kreatif poster dan video tersebut. Pada 29 Ogos juga, merupakan tarikh akhir bagi para peserta menghantar hasil mereka. Tempoh 1 hari diberikan kepada para juri yang dibarisi oleh ahli PMFIK dan Sekretariat 2022 sendiri untuk menilai hasil karya para peserta melalui Google Form. Pada acara penutup pada 31 Ogos, Explorace Kemerdekaan yang merupakan salah satu daripada pertandingan yang telah dianjurkan dibawah program Bulan kemerdekaan. Para peserta adalah merupakan pelajar Dari Fakulti Informatik dan Komputeran, sebanyak 9 kumpulan yang terdiri daripada 39 orang peserta.

Terdapat 5 perhentian (checkpoint) untuk Explorace ini, yang pertama adalah boling kelapa yang diilhamkan daripada boling moden. Seterusnya, aktiviti crossword kemerdekaan dimana kami menguji pengetahuan am para peserta tentang Malaysia. Selain itu, kami sertakan checkpoint yang diberi nama "Kenalkah menteri anda?" dari perdana menteri pertama hingga ke perdana menteri yang terkini. Seterusnya, kami ingin menguji kerjasama antara ahli kumpulan dengan aktiviti yang menggunakan belon dan juga gelas untuk menyusunnya. Checkpoint yang terakhir adalah "Sambung lirik lagu patriotik itu" dengan memasang lagu patriotik dan menyuruh para peserta untuk mendendangkan sambungan lagu tersebut selepas musik berhenti.

 

Setelah selesainya kesemua checkpoint aktiviti explorace kemerdekaan, majlis penutup program berlansung dengan nyayian lagu Negaraku dan lahu UniSZA sekaligus ucapan penutup dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti explorace kemerdekaan dan lucky envalope oleh pengarah program. Hadiah yang disampaikan berupa hamper, wang tunai serta e- sijil penyertaan dan penghargaan. Pada hari tersebut juga pemenang bagi pertandingan secara atas talian melalui hebahan di aplikasi Instagram rasmi PMFIK. Sebelum majlis bersurai, semua mahasiswa/I berserta urusetia yang menghadiri dan menyertai program diminta untuk bergambar Bersama sebagai simbolik telah berakhinya program Sambutan Bulan Kemerdekaan uniSZA Kampus Besut.

Secara keseluruhannya, Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 berjalan dengan lancar.Selain itu, harapan bagi sambutan ini untuk menambahkan lagi nilai-nilai kreativiti dalam diri mahasiswa/I serta memperoleh perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara pelajar. Penghargaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Alumni) atas sokongan bagi menjayakan pertandingan ini. Semoga program seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang dan kepada mahasiswa/I bagi menyemarakkan kesedaran, kepentingan dan semangat cinta akan negara dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi FIK UniSZA Kampus Besut.

 

merdeka 2.jpg
merdeka 3.jpg

mer4.jpg 

Berikut merupakan antara 3 hasil karya poster digital yang menjadi pilihan dan memenangi pertandingan poster digital Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan undian dan penilaian juri. Disusun dari paling kiri,merupakan baju yang mendapat undian tertinggi dan menjadi juara bagi pertandingan tersebut. Diikuti diesebelah kanannya, merupakan karya yang mendapat tempat naib juara dan diikuti lagi di bawah kedua- dua poster adalah tempat ketiga.

 

AKTIVITI EXPLORACE SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

 

 mer5.jpg

 mer6.jpg

 Checkpoint 1: Boling Kelapa

 mer7.jpg

Checkpoint 2: Crossword Kemerdekaan

 

mer8.jpg     mer9.jpg

Checkpoint 3: Kenalkah Perdana Menteri kita?

 mer10.jpg mer11.jpg

Checkpoint 4: Cawan Beracun

 

mer12.jpg

 mer13.jpg

Checkpoint 5: Sambung Lagu Patriotik Itu!

 

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

 

 

 

 

 mer14.jpg

Kehadiran peserta explorace di dalam Auditorium Fik dan Nyanyian lagu Negaraku serta Lagu UniSZA

 

mer15.jpg 

Ucapan penutup Program Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh pengarah program

 

mer16.jpg                                                                                       mer17.jpg

Penyampaian Hadiah Explorace

 

mer18.jpg 

Pemenang Lucky Envelope

 

mer19.jpg

Sesi bergambar bersama PMFIK dan peserta explorace

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin