NAMA PROGRAM: BICARA INSPIRASI 2.0
ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)
TEMPAT: AUDITORIUM FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN
AUDITORIUM FIK, UniSZA Kampus Besut, 2 November 2022- Seramai 36 orang jawatankuasa daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama seketeriat PMFIK telah mengadakan program Bicara Inspirasi 2.0. Program ini telah disertai oleh 207 orang pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dengan majoriti peserta adalah pelajar daripada tahun 1 sesi 2022/2023. Program ini berlangsung selama satu hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran.
Antara objektif utama program ini adalah mengambil inspirasi daripada alumni untuk dibawa dalam pembelajaran serta mendedahkan pengalaman sebenar membangunkan sebuah syarikat disamping melahirkan mahasiswa/i yang bersifat holistik serta cemerlang dari segi akademik dan integriti serta menyemarakkan kerjasama universiti bersama alumni khususnya alumni FIK. Selain itu, program ini menjadi salah satu platform untuk memberi sedikit pendedahan alam pekerjaan kepada mahasiswa/i yang akan dihadapi kelak.
Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan kehadiran peserta dan ucapan aluan daripada pengarah program. Program diteruskan lagi dengan slot pertama: Forum Bual Bicara Alumni FIK yang dikendalikan oleh Muhamad Faris Haiqal bin Mohd Faizal Firdaus bersama empat orang panel daripada alumni FIK yang terdiri daripada wakil setiap kos ijazah FIK. Pada jam 11.40 pagi, program direhatkan selama 45 minit bagi memberi laluan kepada pelajar yang ingin mengambil makanan tengah hari.
Tepat jam 12.30 tengah hari, slot kedua: “Bagaimanakah realiti alam pekerjaan?” diteruskan oleh moderator Nik Nur Nasuha Maisarah binti Zulkilfi bersama En. Fuad bin Md Din selaku Chief Brand Officer WAU Animation. Slot ini menjadi lebih menarik dan seronok dengan kehadiran pelakon suara Ejen Ali iaitu Puan Ida Rahayu binti Yusoff yang turut melakonkan suara Ejen Ali Ketika slot berlangsung.
Ucapan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Nur Saadah Mohd Shapri, wakil Pensyarah FIK pada jam 1.40 tengah hari. Majlis bersurai setelah sempurnanya sesi cabutan bertuah dan pemberian cenderamata kepada para tetamu jemputan.
LAMPIRAN
2- NOVEMBER 2-02-2- BICARA INSPIRASI 2-D
2- NOVEMBER 2-02-2- BICARA INSPIRASI 2-D
SLOT 1- BUAL BICARA BERSAMA ALUMNI FIK
2- NOVEMBER 2-02-2- BlCARA INSPIRASI 2-D
SLOT 2- “BAGAIMANAKAH REALITI ALAM PEKERJAAN?”