PROGRAM ENTREPRENEUR CAMPUS FESTIVAL (ECF)

NAMA PROGRAM: ENTREPRENEUR CAMPUS FESTIVAL (ECF)

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI), FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PAFIK)                                               

TARIKH: 14 JANUARI 2023 (SABTU)

TEMPAT: UniSZA KAMPUS BESUT

 

Pada 14 Januari 2023 bersamaan 21 Jamadilakhir 1444 H telah berlangsungnya satu program di Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Besut yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23 dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK). Program Entrepreneur Campus Festival (ECF) ini terbuka kepada semua pelajar yang berada di Kampus Besut termasuklah pelajar dari Fakulti Farmasi (FF) dan Fakulti Biosumber dan Industri (FBIM).

Program Entrepreneur Campus Festival (ECF) ini adalah program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) untuk memberi pendedahan dan memupuk minat dalam bidang keusahawanan terutamanya kepada pelajar FIK serta pelajar-pelajar yang berada di UniSZA, Kampus Besut supaya dapat melahirkan individu yang serba boleh.  Selain itu, program ini membantu pelajar untuk lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan sekaligus dapat melatih pelajar untuk berfikiran matang dan terbuka dalam  menyelesaikan sesuatu masalah ataupun menghadapi sebarang risiko yang akan berlaku.

Bagi memeriahkan lagi program keusahawanan yang diadakan, PMFIK turut menjemput beberapa peniaga luar untuk turut membuka gerai-gerai di perkarangan Fakulti Informatik dan Komputeran. Terdapat banyak jenis makanan yang dijual antaranya ialah kerabu maggi, churros, ayam gunting serta banyak lagi. Selain daripada makanan, terdapat juga peniaga yang menyediakan servis sewa beam kepada pelajar yang hadir pada hari tersebut. Permainan seperti meniup bola ping-pong ke dalam cawan serta PS4 dan lain-lain turut disediakan kepada semua pelajar yang hadir dengan harga yang berbaloi. Akhir sekali, tarikan utama Program Entrepreneur Campus Festival (ECF) ini ialah rumah hantu, para pelajar yang ingin masuk ke dalam rumah hantu perlu mengikut syarat yang telah diletakkan iaitu hanya boleh masuk seramai empat (4) orang sahaja.

Program Entrepreneur Campus Festival (ECF) ini dimulakan seawal jam 7 pagi dengan para peniaga menyediakan khemah atau tempat berniaga sebelum jadual bas bagi pelajar bermula iaitu pada jam 8 pagi. Tepat pada pukul 8 pagi, semua gerai telah dibuka dan para pelajar boleh membeli di semua gerai yang ada. Sambutan rumah hantu juga diterima baik oleh para pelajar, buktinya terdapat para pelajar yang beratur di hadapan pintu rumah hantu setengah jam daripada rumah hantu dibuka oleh para pelajar. Majlis perasmian bagi Program Entrepreneur Campus Festival (ECF) ini dijalankan pada jam 10 pagi di auditorium FIK. Program ini dirasmikan oleh Cik Wan Nur Fazlin binti Wan Mohd Zaki selaku wakil pengarah UniSZA, Kampus Besut. Majlis perasmian bersurai dengan lawatan Cik Wan Nur Fazlin binti Wan Mohd Zaki, Dr Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris dan pengarah program ke gerai-gerai jualan di perkarangan FIK serta rumah hantu.

Secara keseluruhannya, program Entrepreneur Campus Festival (ECF) ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 200 mahasiswa dan mahasiswi FIK serta FBIM dan FF. Selain itu, para pelajar yang hadir dapat berfikiran terbuka yang mereka dapat mengasah dan menambah nilai kemahiran khususnya  dalam bidang keusahawanan yang sedia ada dalam kalangan usahawan siswa/i supaya  kemampuan mereka mampu diterokai dan digilap dari peringkat awal untuk kegunaan pada  masa hadapan serta dapat melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai peribadi yang  professional secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23 kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan aktiviti komuniti di masa akan datang.

Lampiran 1

 

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin