PROGRAM EXPLORE WORLD OF DIGITAL ART

 

NAMA PROGRAM: EXPLORE WORLD OF DIGITAL ART

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DENGAN KERJASAMA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK) DAN AKADEMI GRAFIK TARBIAH KREATIF                                                                                                                                            

TARIKH: 22 MAC 2023

TEMPAT: AUDITORIUM FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

 

 

Pada 22 Mac 2023 bersamaan 30 SYAABAN 1444 H telah berlangsungnya program Explore World of Digital iaitu program pertama yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran (PAFIK) dan Akademi Grafik Tarbiah Kreatif. Program ini terhad kepada 120 orang peserta bagi warga UniSZA termasuk 26 ahli urusetia bagi melancarkan perjalanan program tersebut. Selain daripada itu, kami menjemput panel daripada Akademi Grafik Tarbiah Kreatif iaitu Ts Izzuddin Ismail serta ditemani oleh dua fasilitator bersamanya bagi membantu beliau dalam menjayakan program.

Program Explore World of Digital Art ini merupakan sebuah program yang dapat membantu para mahasiswa dalam mengasah kemahiran dalam salah satu perisian Adobe iaitu perisian Adobe Illustrator yang kini diperlukan dalam bidang industri media. Program ini juga mengajar beberapa asas “tools” bagi penggunaan Adobe Illustrator.

Program ini diadakan selama satu (1) hari bertempat di Auditorium Fakulti Informatik dan Komputeran. Program ini dilaksanakan secara bersemuka bermula jam 8.30 pagi hingga jam 3 petang. Pendaftaran dan pergerakan peserta ke Auditorium dilaksanakan pada pukul 8.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Seterusnya, sesi pertama dimulakan pada pukul 9.15 pagi sehingga 10.45 pagi dan majlis perasmian diadakan pada jam 10.45 pagi sehingga 11.30 pagi. Pada pukul 11.30 pagi para panel dan juga peserta akan berehat sehingga pukul 12.30 tengahhari dan akan disambung dengan sesi kedua sehingga pukul 2.30 petang. Majlis penghargaan kepada panel serta sesi bergambar diakan justeru sesi penghargaan selesai.

Secara keseluruhannya program Explore World of Digital Art ini berjalan dengan lancar. Seramai 86 orang peserta menyertai program termasuk urusetia yang bersama-sama membantu dalam menjayakan objektif program kami. Seterusnya, harapan kami pada program ini adalah dapat memberi impak positif kepada para peserta serta dapat mempraktikkan ilmu yang baharu ini di kegunaan masa hadapan kelak. Oleh itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK), Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran (PAFIK) Dan Akademi Grafik Tarbiah Kreatif kerana telah memberi sokongan serta dorongan positif dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat dianjurkan sekali lagi oleh perintis Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran di masa akan datang.

 

 

Lampiran 1

                               
    ewda2.jpg   ewda3.jpg
 
    ewda4.jpg   ewda5.jpg
 
 
    ewda7.jpg
    ewda6.jpg
 
 
    ewda8.jpg
 
   

 ewda9.png ewda10.jpg

 


 

 

 

ewda40.jpg

 

       
    ewda41.jpg
 
  ewda42.jpg

 

 

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin