PROGRAM OLYMPIAD UNISZA 2023

NAMA PROGRAM: OLYMPIAD UNISZA

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DENGAN KERJASAMA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK).

TEMPAT: AUDITORIUM FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 6 APRIL 2023

 

 

Pada 6 April 2023 bersamaan 15 RAMADHAN 1444 H telah berlangsungnya satu program di Auditorium Fakulti Informatik dan Komputeran iaitu program Olympiad UniSZA 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK). Penglibatan program ini adalah seramai 20 orang peserta dan 26 orang urusetia.

Program Olympiad UniSZA 2023 ialah sebuah program yang kedua dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran tahun ini. Olympiad UniSZA juga merupakan kuiz yang menggalakkan pembelajaran kemahiran dalam mata pelajaran seperti matematik, sains, teknologi komputer atau bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin.

Program ini diadakan selama satu (1) hari bertempat di Auditorium Fakulti Informatik dan Komputeran. Program ini dilaksanakan secara bersemuka bermula jam 8.30 pagi hingga jam

12.00 tengah hari. Pendaftaran dan pergerakan peserta ke Auditorium dilaksanakan pada pukul

8.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Peserta bermula menjawab kuiz menggunakan platform Quizizz sehingga jam 10:30 pagi diikuti dengan majlis penutup pada jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari .Perasmian penutup diserikan dengan kehadiran Dekan FIK, Prof. Madya Dr. Ts. Mohd Khalid Awang dan Timbalan Dekan HEPA FIK, Dr. Wan Mohd Rizhan Wan Idris. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan berakhir dengan sesi bergambar.

Secara keseluruhannya program Olympiad UniSZA 2023 ini berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun kehadiran peserta tidak memberangsangkan. Seterusnya, harapan kami pada program ini adalah dapat memberi impak positif kepada para peserta serta dapat mempraktikkan ilmu yang baharu ini di kegunaan masa hadapan kelak. Penghargaan terima kasih kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia program dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK) kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program seperti ini dapat menarik lebih ramai peserta untuk menyertainya dan diteruskan lagi dimasa akan datang bagi membantu dan memberi pendedahan kepada mahasiswa/I tentang kepentingan aktiviti kokurikulum serta dapat dianjurkan sekali lagi oleh perintis Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran di masa akan datang.

 

Lampiran 1

 

                   
    oly6.jpg
  oly2.jpg
 
    oly3.jpg
 
    oly4.jpg
 
      oly7.jpg
 
    oly5.jpg
 

 

 

           
    oly8.jpg
      oly11.jpg
 
  oly9.jpg
 

 

oly10.jpg

 

oly12.jpgoly13.jpg

 

oly14.jpgoly15.jpg

 

oly16.jpgoly17.jpg

 

oly18.jpgoly19.jpg

 

oly20.jpgoly21.jpg

 

oly22.jpgoly23.jpg

 

oly24.jpgoly25.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin