PROGRAM KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO)

 

NAMA PROGRAM : KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO)

ANJURAN                : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

KERJASAMA           : TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI, FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

TARIKH                     : 25 MAC 2023

TEMPAT                   : AL-KHWARIZMI LOUNGE

 

 

Pada hari Sabtu, 25 Mac 2022 bersamaan 3 Ramadhan 1444 H telah berlangsungnya sebuah program di Al-Khwarizmi Lounge bagi Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik & Komputeran (PAFIK). Penglibatan program ini seramai 26 orang ahli PMFIK dan seorang tenaga pengajar iaitu Encik Wan Marisa bin Wan Mohd Nor sebagai penceramah untuk menerangkan berkaitan modul pengurusan organisasi yang disediakan untuk semua ahli PMFIK.

Program KPO merupakan sebuah program untuk mendedahkan dan memantapkan pengetahuan setiap ahli PMFIK dalam bidang kepimpinan, pengurusan organisasi dan pemantapan dalam sebuah organisasi. Selain daripada itu, program ini memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu semua ahli persatuan dalam Mengendalikan sesebuah organisasi dengan teratur dan lebih efisien serta berketerampilan dari segi kepimpinan dalam memimpin sebuah badan berorganisasi yang dianggotai.

Program ini dilaksanakan secara bersemuka bermula jam 8:00 pagi sehingga 5:30 petang. Program dimulakan dengan bacaan AL-Fatihah sebagai pembuka program dan program diteruskan dengan 4 slot yang disediakan oleh penceramah dan rehat pada 12:30 tengah hari. Tamat sahaja slot ke-4 pada jam 5:30 juadah berbuka puasa diagihkan kepada ahli PMFIK yang menyertai program tersebut. Juadah yang diagihkan kepada PMFIK adalah nasi lemak, roti sosej dan air mineral untuk berbuka puasa.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya oleh kerana kerjasama dari semua ahli yang sudi hadir pada hari tersebut. Perkara ini dapat dilihat bahawa semua ahli PMFIK menunjukkan komitmen untuk hadir pada hari kursus dilaksanakan dan fokus terhadap input yang disampaikan oleh penceramah.

 

Semoga program ini dapat menarik minat kepada siswa dan siswi akan datang untuk menjadi ahli PMFIK supaya dapat membimbing mahasiswa yang lain di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Sekalung penghargaan dan terima kasih buat ahli PMFIK kerana telah menganjurkan program sebigini dengan sokongan Penasihat PMFIK dan dapat memberikan komitmen untuk hadir pada hari program tersebut. Natijahnya, semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar yang dipilih untuk berorganisasi sebagai ahli PMFIK yang akan datang bagi mengetahui ciri-ciri dan perkara untuk menjadi seorang pemimpin yang berkepemimpinan tinggi.

 

kpo2.jpg

 
  kpo3.png

 

kpo4.png

 
  kpo5.png

 

 
  kpo6.jpg

 

kpo7.png

 
  kpo8.png

 

kpo9.png

 
  kpo10.png

 

kpo11.png

 
  kpo12.png

 

kpo13.png

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin