PROGRAM IHYA' RAMADAN FIK

NAMA PROGRAM: IHYA' RAMADAN FIK

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK) DAN FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 1-19 APRIL 2023

TEMPAT: FOYER FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK) DAN AUDITORIUM FOYER FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK)

 

 

 

Pada 1 hingga 19 April 2023 bersamaan dengan 10 hingga 28 Ramadan 1444H telah berlangsungnya satu program di Foyer dan Auditorium Fakulti Informatik dan Komputeran iaitu program Ihya Ramadan FIK yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran dengan kerjasama kerjasama Pejabat Timbalan Naib

Canselor Hal Ehwal Pelajar (PTNC HEPA) & Alumni dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran (PAFIK) serta Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Penglibatan program ini seramai 100 orang peserta penutup program, 20 orang peserta Pertandingan

 

ilmiah, 10 orang peserta khatam al-quran serta 130 orang peserta keseluruhan program yang melibatkan pelajar UniSZA daripada Fakulti Informatik dan Komputeran.

Program Ihya' Ramadan FIK ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar untuk lebih menghayati kemuliaan bulan Ramadan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan. Program ini memainkan peranan yang penting untuk membantu pelajar meluangkan masadengan perkara yang bberfaedah sepanjang bulan Ramadan. Selain itu, program ini membantu pelajar menonjolkan bakat dalam bidang kerohanian.

Program ini akan diadakan selama dua belas hari (12) hari. Program ini dimulakan dengan program tadarus al-quran. Tadarus al-quran diadakan pada 1-12 April bermula jam 8 pagi. Seterusnya, kutipan syantoh Ramadan (tabung infaq) pembayaran melalui tunai dan atas talian juga dijalankan. Selain itu, Iftar Jamaei agihan makanan sebanyak 100pax dijalankan pada 1 & 5 April 2023 bertempat di Foyer FIK. Tambahan pula, Pertandingan Ilmiah yang dijalankan pada 8 April 2023 antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan khutbah, pertandingan nasyid, pertandingan tilawah dan pertandingan hafazan secara bersemuka bertempat di Auditorium FIK. Pertandingan Kad Raya Digital diadakan secara atas talian pada 10-11 April. Akhir sekali, penutup program iaitu Majlid Khatam Al- Quran dan penyampaian hadiah diadakan pada 12 April 2023 bertempat ci Auditorium FIK. Program ini akan dilaksanakan secara bersemuka dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (PTNC HEPA) & Alumni dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran (PAFIK) serta FakultiInformatik dan Komputeran (FIK).

Secara keseluruhannya program Ihya' Ramadan FIK ini berjalan dengan lancar dan jayanya, Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 130 orang peserta daripada Fakulti Informatik dan Komputeran. Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat menonjolkan bakat dalam bidang kerohanian dalam kalangan pelajar Fakulti Inforatik dan Komputeran. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia Ihya' Ramadan FIK n kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan memanfaatkan bulan Ramadhan kepada warga FIK serta menggalakkan penglibatan dari warga FIK dalam bidang kerohanian. Justeru itu, dapat memantap dan menyemarakkan ukhuwah islamiah antara warga FIK.

 

LAMPIRAN A

       
  ihya2.jpg   ihya3.jpg
 

 

       
  ihya4.jpg   ihya5.jpg
 

 

ihya6.jpg         ihya7.jpg

 
  ihya8.jpg

 

 

ihya9.jpg         ihya10.jpg

       
  ihya11.jpg   ihya12.jpg
 

 

 

ihya13.jpgihya14.jpg 

ihya16.jpg- - -

 
  ihya17.jpg

 

ihya18.jpg               ihya19.jpg

       
  ihya20.jpg   ihya21.jpg
 

 

 
  ihya22.jpg

 

ihya23.jpg

 
  ihya24.jpg

 

 
  ihya25.jpg

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin