PROGRAM ENGLISH LANGUAGE DAY

 NAMA PROGRAM: ENGLISH LANGUAGE DAY

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN DENGAN KERJASAMA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 16 MEI 2023

TEMPAT: STUDENT HALL KAMPUS BESUT

 

 

Pada 16 Mei 2023 bersamaan 12 Syawal 1444H telah berlangsungnya satu program di Student Hall Kampus Besut iaitu program English Language Day yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK).

Penglibatan program ini adalah seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa FIK. Sebanyak tiga permainan bahasa yang telah dianjurkan sempena program ini seperti Spelling Bee, Word Search dan Tongue Twister Challenge.

Program English Language Day ini merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i FIK agar lebih berani menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium utama dalam komunikasi seharian mereka.

Program ini diadakan selama satu jam iaitu bermula pada jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang bertempat di Student Hall Kampus Besut. Program ini dilaksanakan secara bersemuka bersama-sama para peserta yang terlibat. Peserta yang terlibat telah dibekalkan dengan Word Search Worksheet yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Para peserta mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk menjawab soalan yang telah disediakan. Sesi fotografi telah dijalankan setelah semua peserta berjaya menyiapkan kesemua soalan yang disediakan.

Secara keseluruhannya, program English Language Day ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila pelajar FIK turut memberi komitmen dengan menyertai program ini walaupun program ini dijalankan pada hari Selasa. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif utama program ini. Seterusnya, harapan daripada program ini adalah semoga mahasiswa/i lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian mereka. Penghargaan kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 2022/2023 dan urusetia English Language Day kerana telah menganjurkan program sebegini. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris dimasa akan datang.

 

Lampiran 1

 

 

 eng2.jpg

eng3.jpg

eng4.jpg

eng5.jpg

eng6.jpg

 

eng7.jpg
eng8.jpg

eng9.jpg

eng10.jpg

eng11.jpg

eng12.jpg

eng13.jpg

eng14.jpg

eng15.jpg

eng16.jpg

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin