TAJUK : PROGRAM PERKONGSIAN ILMU REALITI MAYA & INTERNET BENDA FAKULTI PERUBATAN
TARIKH : 24 MEI 2023 ( RABU )
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, FAKULTI PERUBATAN
PROGRAM PERKONGSIAN ILMU REALITI MAYA DAN INTERNET BENDA FAKULTI PERUBATAN
ANJURAN UniSZA DIGITAL HUB (UDH) FIK
24 Mei 2023 – Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) melalui UniSZA Digital Hub (UDH) telah melaksanakan satu Program Perkongsian Ilmu Realiti Maya dan Internet Benda bertempat di Makmal Komputer Fakulti Perubatan, UniSZA Kampus Kota.
Program ini adalah salah satu alternatif untuk menerapkan teknologi Realiti Maya dan Internet Benda dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Selain itu dapat memastikan para pensyarah mempunyai kemahiran teknikal sejajar dengan perkembangan Realiti Maya dan Internet Benda serta memastikan tenaga pensyarah mempunyai daya saing dalam menguasai pengetahuan tentang Realiti Maya dan Internet Benda.
UniSZA Digital Hub (UDH) telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab bagi menyediakan program ini supaya dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan output yang diperolehi dalam pengajaran dan pembelajaran.