PROGRAM EN IT TO WIN IT

NAMA PROGRAM: EN IT TO WIN IT

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA) DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 22 – 27 MEI 2023

TEMPAT: SEKITAR DEWAN SERBAGUNA KAMPUS BESUT

 

 

Pada 22 Mei 2023 sehingga 27 Mei 2023 bersamaan 2 – 7 Zulkaedah 1444H telah berlangsungnya satu program di sekitar Dewan Serbaguna Kampus Besut iaitu program En It to Win It yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 50 orang urusetia program, 50 orang peserta pertandingan dan akitiviti terdiri daripada 12 orang peserta Pertandingan Business Idea Pitching, 15 orang peserta Pertandingan Tiktok Challenge dan 25 orang peserta aktivti jualan EnBooth termasuk peniaga luar dan 100 orang peserta En It to Win It.

Program En It to Win It merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran bertujuan untuk menarik minat dan memberi pendedahan tentang keusahawanan kepada mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin.

Program ini diadakan selama enam (6) hari bertempat di sekitar Dewan     Serbaguna Kampus Besut. Program ini dilaksanakan secara atas talian bagi pertandingan                    Business Idea Pitching dan Tiktok Challenge bermula jam 8 pagi manakala secara fizikal bagi aktiviti jualan EnBooth bermula jam 4 petang hingga 10 malam. Majlis penutup diadakan di Dewan Serbaguna Kampus Besut pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 11 pagi melibatkan semua ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran serta urusetia program. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YDP PMFIK disertai dengan pengarah program.

Secara keseluruhannya program En It to Win It ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 202 orang peserta daripada Kampus Besut. Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat memupuk lagi semangat keusahawanan dalam kalangan para mahasiswa/i Univeristi Sultan Zainal Abidin. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia En It to Win It dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan bidang keusahawanan dalam kehidupan.

 

Lampiran 1

 enit2.jpg

enit3.jpg

enit4.jpg

  

enit5.jpg          enit6.jpg

 enit7.jpg

enit8.jpg

 enit9.jpg

enit10.jpg

enit11.jpg

enit12.jpg        enit13.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin