PROGRAM IT4U BERSAMA WARGA PENDIDIK NEGERI TERENGGANU 2023

NAMA PROGRAM    : PROGRAM IT4U 2023

ANJURAN                 : - FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK) 

                                     - PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK)

KERJASAMA            : - PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA).

                                     - FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK)

                                     - PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BESUT (PPD BESUT)

                                     - PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK). 

                                     - KELAB ROBOPRO 

                                     - MAKERSLAB 

                                     - EAST COAST COMPETENCE CENTRE (ECCC). 

                                     - KYUCODE SOLUTION

 TARIKH                      : 10 JUN 2023

TEMPAT                      : FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, UNISZA KAMPUS BESUT.

 

 

 

Pada tanggal 10 Jun 2023 telah berlangsung Program IT4U 2023 yang merupakan sebuah program khidmat komuniti yang bersifat “Hero Komuniti” di bawah program “Communities Flagship” yang di rancang oleh FIK dan PMFIK bersama Timbalan Naib Canselor Bahagian HEPA dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Besut (PPD Besut) yang diadakan di Fakulti Informatik & Komputeran, UniSZA Kampus Besut. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan inspirasi kepada komuniti luar yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah menengah terhadap bidang IT. Program ini terbahagi kepada tiga (3) agenda utama: 1. IT4U : Internet of Things (Arduino Uno) 2. IT4U : Web Development 3. IT4U : Video and Image Editing.

Program IT4U dimulakan dengan ketibaan para peserta seawal jam 8.00 pagi. Setelah para peserta mendaftar dan diberikan roti serta air, mereka bergerak ke lokasi masing-masing:

  • IT4U : Internet of Things (Arduino Uno) di Smart Classroom
  • IT4U : Web Development di Lab TM1 dan Lab TM2
  • IT4U : Video and Image Editing di Lounge al-Khwarizmi

Ketiga- tiga program dimulakan pada jam 9.00 pagi dan diakhiri pada 5.00 petang.

IT4U : Internet of Things (Arduino Uno) merupakan sebuah program yang memfokuskan kepada para guru yang mengajar subjek Sains Komputer di sekolah. Seramai 23 orang guru sekolah menengah di sekitar Besut telah mendaftar dan menyertai program ini. Di awal program, para guru diberikan ceramah ringkas oleh Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah, Pensyarah FKI yang bertajuk “Keselamatan Siber dari Sudut Pandangan Islam” di Smart Classroom. Setelah itu, mereka bergerak ke ECCC dan MakersLab untuk memulakan sesi pembelajaran kepada Arduino Uno dengan bantuan fasilitator dari Kelab RoboPRO di bawah pengawasan Dr. Azrul Amri dan Dr. Farraliza.

Seterusnya, IT4U : Web Development merupakan sebuah program yang memfokuskan kepada murid murid tingkatan 3 dan 4 yang mengambil subjek Asas Sains Komputer dan Sains Komputer. Seramai 43 orang murid telah mendaftarkan diri dan terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran yang telah di kendalikan oleh En. Aqief Syahmi bin Jafri, Kyucode Solution bersama Dr Amir Fazamin dan Dr Suhailan. Di akhir sesi pembelejaran, telah dilaksanakan pertandingan mereka website yang telah dijuri oleh En Aqief Syahmi sendiri.

Manakala, IT4U : Video dan Image Editing merupakan sebuah program dimana para guru akan di ajar bagaimana untuk merekod dan mengedit video dengan hanya menggunakan aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar mereka sendiri. Seramai 14 orang guru telah mendaftarkan diri dan terlibat sama dalam program ini yang telah dikendalikan oleh En. Sufian bersama Dr Normala yang dibantu oleh Dr Elissa Nadia.

Majlis Perasmian Penutup telah dijalankan pada jam 4 petang yang telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khalid bin Awang, Dekan Fakulti Informatik & Komputeran. Majlis ini telah di hadiri oleh Timbalan PPD Sektor Pembelajaran iaitu En Zuraidi bin Wahid, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Fakulti Informatik & Komputeran iaitu Dr. Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris, Pegawai SISC+ dari PPD Besut iaitu Puan Nurul Syafinaz binti Ishak, dan En. Mohamad bin Hussin, wakil kepada Pengarah Kampus Besut. Tayangan montaj dan penyampaian hadiah bagi IT4U : Web Development dan IT4U : Video and Image Editing telah dilangsungkan. Majlis penutupan ini telah berakhir pada jam 5.00 petang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

it.jpg

itdrriz.jpg

itdekan.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin