PROGRAM ENGLISH DAY : WORD SEARCH

NAMA PROGRAM: ENGLISH DAY : WORD SEARCH

ANJURAN: FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DAN PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

TARIKH: 8 JUN 2023

TEMPAT: DEWAN PELAJAR KAMPUS BESUT

 

 

Pada 8 Jun 2023 bersamaan 19 Zulkaedah 1444H telah berlangsungnya satu program di Dewan Pelajar Kampus Besut iaitu program English Day : Word yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran dan Fakulti Informatik Dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 2 orang urusetia program dan 20 orang peserta Word Search.

Program English Day : Word Search merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran bertujuan untuk memberi ruang (exposure) yang menggalakan dan kondusif kepada semua mahasiswa untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian.

Program ini diadakan selama satu (1) hari bertempat di Dewan Pelajar, Kampus Besut. Program ini dilaksanakan secara bersemuka bermula jam 4 petang sehingga 5 petang. Peserta yang terlibat diberikan sehelai kertas Word Search dan tiada had masa. Setelah peserta selesai dengan Word Search mereka, peserta diberikan sedikit cederamata penghargaan dan turut juga diadakan sesi bergambar.

Secara keseluruhannya program English Day : Word Search ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 23 orang peserta dalam kalangan pelajar UniSZA Kampus Besut. Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat melahirkan mahasiswa yang lebih berkeyakinan dan tidak merasa rendah diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia English Day : Word Search kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Fakulti Informatik dan Komputeran. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan bidang keusahawanan dalam kehidupan.

 

Lampiran 1

 

word2.jpg

 

 

word3.jpg

word4.jpg

word5.jpg    word6.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin