PROGRAM TAUTAN MESRA FIK EID 2023

NAMA PROGRAM    :TAUTAN MESRA FIK EID 2023

ANJURAN                 :PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

KERJASAMA            :TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL   EHWAL   PELAJAR   & ALUMNI, FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN

TARIKH                     : 19 MEI 2023

TEMPAT                    : FOYER FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK)

 

 

Pada hari Sabtu, 19 Mei 2023 bersamaan 29 Syawal 1444 H telah berlangsungnya sebuah program di Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran bagi menjalankan program Tautan Mesra FIK EID 2023 sempena raya yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik & Komputeran (PAFIK). Penglibatan program ini merangkumi beberapa pegawai dan staf yang terlibat iaitu Prof. Dr Hafizan bin Juahir,Dekan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Ts. Dr Zarizal bin Suhaili, Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Berpusat, Dr. Salmah binti Mohamed, Timbalan Dekan Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Wan Nur Fazlin binti Wan Mohd Zaki, Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta semua pelajar FIK dan terdiri juga pelajar daripada pelajar dari fakulti lain bagi memeriahkan lagi suasana jamuan raya serta pensyarah daripada fakulti.

Program Tautan Mesra FIK EID merupakan sebuah program meraikan kejayaan dan mewujudkan rasa syukur terhadap ibadah puasa yang dilakukan selama 1 bulan dari terbit fajar hingga terbenam fajar bagi mereka yang beragama Islam. Program ini juga dapat memberi impak yang baik dalam kalangan mahasiswa dan staf malah dapat Memberi peluang kepada semua warga UniSZA Kampus Besut berkongsi kegembiraan meraikan hari raya aidilfitri setelah sebulan berpuasa tanpa ada perbezaan antara miskin dan kaya. Program yang sebegini rupa juga dapat memupuk sifat hormat-menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan, budaya dan adat resam yang berbeza serta boleh dirayakan oleh semua kaum. Keterlibatan pelajar dalam program ini dapat membantu untuk membentuk akhlak yang mahmudah serta dapat melahirkan sifat saling bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.

Program ini dilaksanakan secara bersemuka bermula jam 8:30 malam sehingga 11:00 malam. Program berlangsung pada jam 8:45 dengan ucapan daripada pengacara majlis yang mengalu-alukan kedatangan para pelajar dan diiringi dengan ketibaan VIP iaitu Puan Fazlin wakil daripada pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) bagi menggantikan TNC HEPA yang tidak dapat hadir pada hari tersebut. Pensyarah daripada fakulti lain juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Pada jam 9:00 doa makan berkumandang setelah ketibaan VIP dan sesi bergambar di Photobooth pun dibuka kepada semua pelajar. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Meta4 yang terdiri daripada 4 orang ahli, persembahan solo dan persembahan akustik. Pada jam 10:45, pertunjukan bunga api berlangsung sehingga jam 11:00 malam.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dengan jayanya oleh kerana kerjasama daripada semua pihak terutama ahli PMFIK dan pelajar yang sudi hadir pada majlis raya tersebut. Perkara ini dapat dilihat bahawa semua ahli PMFIK menunjukkan komitmen dalam proses menjayakan majlis ini dengan membantu dari awal sehinggalah penutup majlis. Terima kasih juga kepada para pelajar FIK turut sudi hadir bagi menyambut dan memeriahkan suasana majlis hari raya di Foyer FIK. Kesimpulannya, semoga perayaan Hari

 

Raya Aidilfitri sebegini rupa dapat diteruskan di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Besut supaya dapat lebih memeriahkan dan menghidupkan suasana di Foyer Fakulti Informatik & Komputeran bersama-sama siswa dan siswi.

 

 

LAMPIRAN A

 

eid2.jpg

eid3.jpg

eid4.jpg

eid5.jpg

eid6.jpg

eid7.jpg

eid8.jpg

eid9.jpg

eid10.jpg

eid11.jpg

eid12.jpg

eid13.jpg

eid14.jpg

eid15.jpg

eid16.jpg

eid17.jpg

eid18.jpg   eid19.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin