PROGRAM ENGLISH DAY CHARADES EDITION

NAMA PROGRAM: ENGLISH DAY CHARADES EDITION

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN DENGAN KERJASAMA

                   FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DAN

                   PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 1 JUN 2023

TEMPAT: STUDENT HALL KAMPUS BESUT

 

 

 

Pada 1 Jun 2023 bersamaan 12 Zulkaedah 1444H telah berlangsungnya satu program di Student Hall Kampus Besut iaitu program English Day Charades Edition yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK). Penglibatan program ini adalah seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa FIK. Hanya satu permainan bahasa yang telah dianjurkan sempena program ini tetapi terdiri dari tiga jenis kategori iaitu permainan ‘charades’ dan kategori terdiri dari filem, lagu & haiwan.

 

Program English Day Charades Edition ini merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa FIK agar lebih berani menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium utama dalam komunikasi seharian mereka.

Program ini diadakan selama setengah jam iaitu bermula pada jam 5:30 petang sehingga 6 petang bertempat di Student Hall Kampus Besut. Program ini dilaksanakan secara bersemuka bersama-sama para peserta yang terlibat. Peserta yang terlibat telah dibekalkan dengan tablet yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Para peserta mengambil masa sekurang- kurangnya 30 minit untuk menyelesaikan pertandingan teka-teki tersebut.

Secara keseluruhannya, program English Day Charades Edition ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila pelajar FIK turut memberi komitmen dengan menyertai program ini walaupun program ini dijalankan pada hari Khamis. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif utama program ini. Seterusnya, harapan daripada program ini adalah semoga mahasiswa lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian mereka. Penghargaan kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 2022/2023 dan urusetia English   Day   Charades Edition kerana telah menganjurkan program sebegini. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris dimasa akan datang.

 

                                               

 

                                          

 

                                        

 

                                        

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin