PROGRAM INTERNATIONAL ESPORTS “MABAR YUK”

 

NAMA PROGRAM: INTERNATIONAL ESPORTS “MABAR YUK”.

TARIKH: 30 HINGGA 31 JULAI 2023.

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN

NAIB CANCELOR (HEPA), PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK) DAN KELAB E-SUKAN UNISZA (UE).

TEMPAT: SECARA ATAS TALIAN

 

 

Pada 30 hingga 31 Ogos 2023 bersamaan 12 dan 13 Muharam 1445 H telah berlangsungnya satu program secara atas talian iaitu program International Esports “Mabar Yuk” 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA), Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK) dan Kelab E-sukan UniSZA (UE). Penglibatan program ini adalah seramai 170 orang peserta dan 39 orang urusetia. Peserta adalah pelajar daripada Kampus Besut dan Gong Badak serta pelajar dari enam universiti Indonesia iaitu Universiti Informatika dan Bisnis Indonesia, Universitas Muhammadiah Tasik Malaya, Universitas Perjuangan, Universitas Siliwangi, Universitas Pembangunan Jaya dan Universitas Muhammadiah Yogyakarta. Program ini adalah berkaitan pertandingan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dan Player Unknown Battleground Mobile (PUBGM). Program ini berlansung selama dua hari bermula jam 8.00 malam sehingga 12.00 malam.

Antara objektif utama program ini adalah menjalinkan talian persaudaraan bersama universiti Indonesia serta memberi pengalaman kepada mahasiswa merasai sukan Esports antarabangsa. Selain itu, program ini memberi peluang kepada para pelajar bagi mencungkil bakat masing- masing dalam bidang yang kian berkembang pada zaman sekarang iaitu e-sukan.

Pada hari pertama program dijalankan (30 Julai 2023), pertandingan dimulakan pada jam 8.00 malam secara atas talian melalui platfrom Discord Kelab E-sukan UniSZA bagi playoff permainan Mobile Legends dan berakhir pada jam 12.00 malam. Seramai 20 pasukan terdiri daripada pelajar UniSZA dan pelajar dari universiti Indonesia berentap dalam pertandingan ini. Tayangan secara lansung yang disaksikan 70 penonton di tayang kan di Facebook Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Setiap perlawanan yang ditayangkan di ulas oleh caster yang berpengalaman.

Pada hari kedua iaitu hari terakhir (31 Julai 2023), pertandingan akhir lower bracket dan upper bracket Mobile Legends diadakan pada jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang. Program ini disambung semula pada jam 8.30 malam dengan acara playoff PUBG Mobile. 16 Pasukan terdiri daripada pelajar UniSZA dan pelajar dari universiti Indonesia berentap dalam pertandingan ini. Kesemua peserta bertanding dalam lima map yang telah ditetapkan. Tayangan secara lansung yang disaksikan 90 penonton di tayang kan di Facebook Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Setiap perlawanan yang ditayangkan di ulas oleh caster yang berpengalaman. Pertandingan berakhir pada jam 12.00 malam.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Komputeran (Pmfik) mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pihak yang memberi kerjasama antaranya Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), Kelab E-Sukan Unisza (UE) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeraan (PAFIK).

 

MOBILE LEGEND

esports2.jpg

 esports3.jpg

 

esports4.jpg

esports5.jpg

esports6.jpg

esports7.jpg

 

PUBG MOBILE

esports8.jpg

esports9.jpg

esports10.jpg

esports11.jpg

esports12.jpg

esports13.jpg

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin