PROGRAM STELLAR NIGHT DINNER

NAMA PROGRAM: STELLAR NIGHT DINNER

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK) DENGAN KERJASAMA PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 15 JUN 2023

TEMPAT: QUINARA AL-SAFIR RESORT DAN DALAM TALIAN

 

 

Program ini dijalankan pada 15 Jun 2023 (Khamis) pada jam 8 malam hingga 12 pagi di Quinara Al-Safir Resort, Kuala Terengganu. Penglibatan sebanyak 12 orang pensyarah, 4 orang alumni Fakulti Informatik dan Komputeran serta 139 orang pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran. Program Stellar Night Dinner ini merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran bertujuan untuk

 

meraikan dan menyatukan alumni dan pelajar akhir tahun sesi 2020/2021 yang akan menamatkan pengajian pada semester ini sebelum menjalankan latihan industri. Objektif program ini adalah meraikan pelajar akhir tahun sesi 2020/2021 serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara alumni, para pensyarah dan mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran.

Pendaftaran peserta bermula jam 8 malam. Majlis diteruskan dengan kata aluan daripada pengacara majlis dan bacaan doa. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan wakil pelajar iaitu Muhamad Faris Haiqal Bin Mohd Faizal Firdaus dan diikuti dengan ucapan daripada Mohamad Izran Iskandar Bin Rusli Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Alumni Fakulti Informatik & Komputeran. Kemudian majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Khalid Bin Awang, Dekan Fakulti Informatik & Komputeran.

Jamuan makan bermula selepas perasmian majlis dan peserta dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada 3 orang pelajar Fakulti Informatik & Komputeran. Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan sesi pertama cabutan bertuah, penyampaian hadiah pertandingan Go-Creative (Fik T-Shirt), montaj khas pelajar tahun akhir, sesi kedua cabutan bertuah dan diakhiri dengan penyampaian hadiah King And Queen Of The Night. Majlis seterusnya diakhiri dengan sesi bergambar dan semua peserta beransur pulang. Majlis tamat pada jam 12 tengah malam.

Secara keseluruhannya Stellar Night Dinner ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat para pelajar, pensyarah fakulti dan juga alumni untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia Stellar Night Dinner dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran kerana telah menjayakan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi memberi lebih banyak peluang kepada pelajar Fakulti Informatik dan Komputeran untuk merapatkan lagi hubungan bersama pensyarah dan juga alumni.

 

Lampiran 1

st1.jpg

st2.jpg

st3.jpg

st4.jpg

st5.jpg

st6.jpg

st7.jpg

st8.jpg

 

st9.jpg

st10.jpg

st11.jpg

st12.jpg

st13.jpg

st14.jpg

st15.jpg

 

st16.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin