PROGRAM ESPORT ASSOCIATION MANAGEMENT IN CAMPUS

 

NAMA PROGRAM: ESPORT ASSOCIATION MANAGEMENT IN CAMPUS

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DENGAN KERJASAMA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK).

TEMPAT: VIRTUAL (ZOOM)

TARIKH: 1 Ogos 2023

 

 

Pada 1 Ogos 2023 bersamaan 14 Muharam 1445 H telah berlangsungnya satu program secara maya menggunakan platform Zoom iaitu program Esport Association Management in Campus 2023 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA) dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK). Penglibatan program ini adalah seramai 27 orang peserta dan 21 orang urusetia.

Program Esport Association Management in Campus 2023 ialah sebuah program bual bicara yang menyasarkan sebuah topik tentang pengurusan dan pembangunan masa hadapan e-sukan dalam kalangan mahasiswa/i melalui penubuhan kelab e-sukan dan sekaligus dapat memberikan ruang dan peluang kepada mahasiswa/i untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai e-sukan di Malaysia.

Program ini berlangsung selama satu (1) hari secara maya menggunakan platform Zoom. Program ini bermula seawal jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Sesi perkongsian oleh Dr Wan Mohd Amir Fazamin Bin Wan Hamzah selaku penasihat kelab e-sukan Unisza pada jam 10.00 pagi sehingga jam

11.00 pagi. Setelah selesai sesi pertama, kami membuka sesi soal jawab bagi memberi ruang para pelajar untuk mengajukan sebarang soalan kepada panel jemputan sehingga jam 11.30. Program diteruskan dengan sesi perkongsian oleh Mohamad Irfan Afiq Bin Mohamad Izhar iaitu presiden esport UMT dan juga ketua penerangan E-Sport Malaysia Terengganu dari jam 11.30 sehingga 12.30. Setelah selesai perkongsian, sesi QnA kedua telah dijalankan dan dikuti dengan majlis penutup pada jam 1.00 tengah hari. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Yang dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran, Saudara Mohd Ikram Bin Baizurim. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan tayangan montaj pemenang pertandingan dan berakhir dengan sesi bergambar.

Secara keseluruhan program Esport Association Management in Campus 2023 ini berjalan dengan lancar dengan jayanya walaupun Dekan dan TD HEPA tidak dapat hadir untuk merasmikan majlis penutup kerana mempunyai mesyuarat yang tidak dapat dielakkan. Penghargaan terima kasih kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia program dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran (PAFIK) kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program seperti ini dapat menarik lebih ramai peserta untuk menyertainya dan diteruskan lagi dimasa akan datang bagi membantu dan memberi pendedahan kepada mahasiswa/I tentang kepentingan aktiviti kokurikulum serta dapat dianjurkan sekali lagi oleh perintis Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran di masa akan datang

 

Lampiran 1

espas2.jpg

espas3.jpg

espas4.png

espas5.png

espas6.png

espas7.png

espas8.png

espas9.png

espas10.png

espas11.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin