PROGRAM MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN SESI 2022/2023

TARIKH: 18 OKTOBER 2023 (RABU)

TEMPAT: AUDITORIUM IBN SINA, KOMPLEKS AKADEMIK DAN PENTADBIRAN, UniSZA KAMPUS BESUT

ANJURAN: FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)

 

 

Pada 18 Oktober 2023 telah berlangsungnya Majlis Anugerah Cemerlang Fakulti Informatik dan Komputeran Sesi 2022/2023 di Auditorium Ibn Sina, Kompleks Akademik dan Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut. Majlis yang dianjurkan oleh pihak fakulti ini telah menjadi rutin tahunan bagi Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Majlis ini juga melibatkan seluruh mahasiswa FIK dan turut dihadiri oleh para pensyarah serta kakitangan FIK.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan mahasiswa FIK yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Semester I dan Semester II Sesi 2022/2023 serta meraikan pensyarah dan staf yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2023.

Antara anugerah yang telah disampaikan pada majlis kali ini ialah Anugerah Dekan Semester I dan II Sesi 2022/2023, Anugerah Terbaik Program dan Fakulti Semester I dan II Sesi 2022/2023, Anugerah Usaha Siswa dan Anugerah Siswa Mithali. Bagi kategori staf pula, lapan kategori Anugerah Kecemerlangan Staf termasuklah Anugerah Penyelidikan, Anugerah Penyelidik Harapan, Anugerah Penerbitan, Anugerah Pengajaran, Anugerah Pengajaran Harapan, Anugerah Jaringan Komuniti, Anugerah Jaringan Pengantarabangsaan dan Anugerah Staf Sokongan Terbaik.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi ini dimulakan dengan bacaan doa, alunan ayat suci Al-Quran dan sesi ucapan aluan dari Saudara Mohd Ikram bin Bazurim selaku Yang Dipertua PMFIK dan Dr. Wan Suryani Wan Awang selaku Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah serta Prof. Madya Dr. Mohd Khalid bin Awang selaku Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran turut menyampaikan ucapan perasmian bagi Majlis Anugerah Cemerlang sesi kali ini.

Bagi Anugerah Usaha Siswa telah dianugerahkan kepada Perinba Devi A/P Mani Maran dari Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) manakala Anugerah Siswa Mithali pula dianugerahkan kepada Jeevaneswaran A/L Muthukumar. Di samping itu, Anugerah Terbaik Fakulti Semester I 2022/2023 telah dianugerahkan kepada Citra Devi A/P Appunair dari Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) manakala Anugerah Terbaik Fakulti Semester II 2022/2023 dianugerahkan kepada Nur Anis binti Rahmat dari Diploma Teknologi Maklumat.

Bagi Anugerah Kecemerlangan Staf, Dr. Suhailan Safei telah dianugerahkan Anugerah Pengajaran, Dr. Muhammad Danial Zakaria dianugerahkan Anugerah Pengajaran Harapan, Dr. Elissa Nadia dianugerahkan Anugerah Penyelidik Harapan, Dr. Wan Mohd Amir Fazamin Wan Hamzah dianugerahkan Anugerah Penyelidikan, Dr. Aceng Sambas dianugerahkan Anugerah Penerbitan, Dr. Azim Zaliha dianugerahkan Anugerah Jaringan Pengantarabangsaan, Dr. Azrul Zamri dianugerahkan Anugerah Jaringan Komuniti dan En. Nik Mohd Shahrir dianugerahkan Anugerah Staf Sokongan Terbaik.

Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat yang diberikan oleh semua pihak.

 

mac2.jpg     mac3.jpg

mac4.jpg mac5.jpg

mac6.jpg  mac7.jpg

mac8.jpg  mac9.jpg

mac10.jpg   mac11.jpg

mac12.jpg  mac13.jpg

mac14.jpg  mac15.jpg

mac16.jpg  mac17.jpg

mac18.jpg    mac19.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin