Riadah X Mini SUFIK

NAMA PROGRAM      : Riadah X Mini SUFIK

TARIKH                        : 6 Disember 2023

TEMPAT                      : Dewan Serbaguna UniSZA Kampus Besut

ANJURAN                   : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL

                                       PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA), PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PAFIK), DAN

                                       FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK)

 

 

Pada 6 Disember 2023 telah berlangsungnya program Riadah X Mini SUFIK di Dewan Serbaguna UniSZA Kampus Besut dengan Kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran (PAFIK), dan Fakulti Informatik Dan Komputeran (FIK). Seramai 150 orang peserta dan ahli jawatan kuasa yang terlibat terdiri daripada Mahasiswa/I Fakulti Informatik dan Komputeran, kaki tangan dan pensyarah Fakulti Informatik dan Komputeran. Program berkonsepkan riadah bersukan ini diadakan bertujuan memperkenalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa/I bersama kaki tangan dan pensyarah FIK melalui sukan yang dipertandingkan. Antara sukan yang dipertandingkan adalah Futsal Padang 7 vs 7, Badminton, Ping-Pong dan Petanque.

Program yang berlangsung selama satu hari mendapat sambutan yang meriah dari warga FIK yang hadir seawal 1 petang untuk menyertai pertandingan ini. Peserta yang hadir berkumpul di khemah pendaftaran untuk mengesahkan kehadiran dan mengambil makanan dan minuman yang disediakan. Kesemua permainan berjalan dengan lancer walaupun cuaca hujan pada sebelah petang namun perkara itu tidak mematahkan semangat para peserta untuk menghabiskan permainan. Bagi Perlawanan Futsal 7 vs 7 menjadi sukan tumpuan di mana permainan tersebut telah disertai oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FIK iaitu Dr. Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris bersama pensyarah dan kakitangan FIK yang lain.

Permainan lain juga tidak kurang meriahnya dengan penglibatan pelajar Tahun 1 yang berbakat dan mampu memberi persaingan kepada pelajar-pelajar senior. Bakat baru ini bakal menjadi pelapis untuk mewakili FIK untuk Sukan Antara Fakulti (SAF) yang akan datang dan mengekalkan status Juara Keseluruhan SAF. Keseluruhan pingat disampaikan semasa majlis penutup oleh YDP PMFIK, serta barisan majlis tertinggi.

Secara keseluruhannya program Riadah X Mini SUFIK ini telah berjaya dengan lancar atas dasar rasa bertanggungjawab setiap ahli-ahli yang terlibat dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Secara tuntasnya, aktiviti yang diadakan adalah hasil buah fikir daripada setiap yang terlibat demi menarik minat semua pelajar demi menjayakan objektif program ini. Akhir kata, harapan kepada program ini dapat membuka peluang kepada semua pelajar untuk menonjolkan bakat dalam bidang sukan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, barisan Sekretariat kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Semoga program-program sedemikian seperti ini dapat diimplementasikan lagi di masa hadapan untuk memberi pendedahan berkenaan kesihatan jasmani serta rohani dalam kalangan pelajar.

 

2.PNG

 

3.PNG

4.jpg

5.jpg

6.jpg

7.jpg

8.jpg

9.jpg

10.jpg

11.jpg

12.jpg

13.jpg

14.jpg

15.jpg

16.jpg

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin