PROGRAM BAZAAR RAMADAN

 

NAMA PROGRAM: BAZAAR RAMADAN

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA) DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 12 – 28 MAC 2024

TEMPAT: PARKING STAF FIK & SEKITAR DEWAN SERBAGUNA KAMPUS BESUT

 

 

Pada 12 Mac 2024 sehingga 28 Mac 2024 bersamaan 1 – 17 Ramadan 1445H telah berlangsungnya satu program di sekitar Dewan Serbaguna Kampus dan Pekarangan Parking Staf fakulti Informatik dan Komputeran Besut iaitu program Bazaar Ramadan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 28 orang urusetia program, 10 orang peniaga luar dan seramai 100 orang mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin sebagai pembeli.

Program Bazaar Ramadan merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran bertujuan untuk menarik minat dan memberi pendedahan tentang keusahawanan kepada mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin.

Program ini diadakan selama tujuh belas (17) hari bertempat di Parking Staf Fakulti Informatik dan Komputeran dan sekitar Dewan Serbaguna Kampus Besut. Program ini dilakukan di dua tempat bermula jam 3 petang hingga 7 petang bagi menarik minat pelajar

 

UniSZA. Majlis perasmian diadakan di Perkarangan Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran pada jam 3 petang dan tamat pada 4 petang melibatkan semua ahli Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran serta urusetia program dan sebilangan mahasiswa/i Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK).

Secara keseluruhannya program Bazaar Ramadan ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang memeriahkan program semakin ramai setelah menukar tempat dari Parking Staf Fakulti Informatik dan Komputeran ke Perkarangan Dewan Serbaguna. Selain itu, jualan yang menarik dari peniaga luar serta pelajar sendiri telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat memupuk lagi semangat keusahawanan dalam kalangan para mahasiswa/i Univeristi Sultan Zainal Abidin dan menjalinkan hubungan yang baik dengan komuniti luar. Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 23/24, urusetia Bazaar Ramadan dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran kerana telah menganjurkan program sebegini dengan sokongan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program- program seperti ini dapat diteruskan bagi memberi peluang kepada mahasiswa/i UniSZA dan peniaga luar untuk terlibat dalam program keusahawanan dan menerapkan kepada para pelajar tentang kepentingan bidang keusahawanan dalam kehidupan.

 

Lampiran 1

 bazaar2.jpg


       
  bazaar3.jpg
    bazaar4.jpg
 

 

bazaar5.jpg

bazaar6.jpg

bazaar7.jpg

bazaar8.jpg

bazaar9.jpg

bazaar10.jpg

bazaar11.jpg

bazaar12.jpg

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin