PROGRAM ISTIQBAL RAMADAN FIK 2024

NAMA PROGRAM: ISTIQBAL RAMADAN FIK 2024

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA) DAN PERSATUAN ALUMNI FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

TARIKH: 12 – 31 MAC 2024

TEMPAT: AUDITORIUM DAN FOYER FIK

 

 

Pada 12 Mac 2024 sehingga 31 Mac 2024 bersamaan 1 – 20 Ramadan 1445H telah berlangsungnya satu program di Auditorium dan Foyer FIK iaitu program Istiqbal Ramadan FIK 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (PTNC HEPA), dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 28 orang urusetia program, 155 orang peserta pertandingan dan akitiviti terdiri daripada 7 orang peserta Pertandingan poster ramadan, 7 orang peserta Pertandingan E-kad raya, 40 orang peserta Imarah Qiamulail dan sahur, 95 orang peserta penutup program dan 9 orang peserta khatam al quran dan seluruh pelajar fik bagi FIK Bertadarus. Terdapat juga penerima bantuan makanan iaitu 200 orang penerima  iftar jamaei.

Program Istiqbal Ramadan FIK 2024 merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran bertujuan untuk membuka peluang kepada pelajar untuk lebih menghayati kemuliaan bulan Ramadan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Program ini telah diadakan selama dua belas hari (20) hari. Program ini dimulakan dengan program tadarus al-quran. Tadarus al-quran diadakan pada 12-30 April bermula jam 8 pagi. Seterusnya, kutipan tabung infaq iaitu Sentuhan Ramadan pembayaran melalui tunai dan atas talian iaitu E-kaunter Ramadan juga dijalankan. Imarah Qiamulail dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Ar- Raudah(JaPSAR) telah dijalankan di Surau Ar-raudah pada pukul 4 pagi 22 Mac dan agihan  juadah  sahur sebanyak  40pax.  Selain  itu,  Iftar  Jamaei agihan  makanan sebanyak 200pax dijalankan pada 22 Mac 2024 bertempat di perkarangan kolej kediaman mahasiswa. Tambahan pula, Pertandingan Fastabiqul Khairat iaitu pertandingan Poster Ramasan dan Kad Raya digital telah yang dijalankan secara atas talian pada 18 hingga 27 April 2024. Akhir sekali, penutup program iaitu Majlid Khatam Al-Quran  dan penyampaian  hadiah  diadakan  pada  31  Mac  2024  bertempat  di Auditorium FIK.

Secara keseluruhannya Program Istiqbal Ramadan FIK 2024 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai 155 orang peserta dan 200 org penerima daripada Fakulti Informatik dan Komputeran . Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini serta program ini juga dapat membantu mahasiswa/i golongan b40 FIK yang tidak berkemampuan. Seterusnya, harapan kepada program ini dapat membuka peluang kepada pelajar untuk lebih menghayati kemuliaan bulan Ramadan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan serta kebajikan mahasiswa/i lebih terjaga . Penghargaan terima kasih juga kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 22/23, urusetia Istiqbal Ramadan FIK 2024 dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik dan Komputeran kerana telah menganjurkan program  sebegini  dengan  sokongan  Pejabat Timbalan  Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membina kesedaran   berkaitan penghayatan bulan Ramadan dan kebajikan mahasiswa/i dapat dijaga di bulan tersebut.

 

    

      

                                                                                

                        

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 05/05/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin