NAMA PROGRAM : LEADERSHIPSYNC
ANJURAN : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK)
DENGAN KERJASAMA : FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (FIK)
TARIKH : 27 MAC 2024
TEMPAT : DEWAN AUDITORIUM FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN
Pada 27 Mac 2024 bersamaan 16 Ramadan 1445H telah berlangsungnya satu program yang bertempat di Auditorium Fakulti Informatik & Komputeran Besut iaitu program LeadershipSync yang juga merupakan salah satu program Leaders@Faculty yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK), Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA), dan Persatuan Alumni Fakulti Informatik Dan Komputeran. Penglibatan program ini adalah seramai 64 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i Universiti Sultan Zainal Abidin serta Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK). Turut menghadiri program, barisan panel jemputan iaitu, Cik Wan Nur Fazlin Binti Wan Mohd Zaki (Pegawai Tadbir HEPA UniSZA), Ustaz Zulkeefli Bin Awang (Pegawai Hal Ehwal Islam UniSZA), dan Airil Ikhmal Bin Hasnan Anuar (Eksekutif Kesukarelawan dan Komuniti). Manakala, Majlis Perasmian Program LeadershipSync dirasmikan oleh Dr Elissa Nadia Binti Madi (Ketua Pusat Pengajian Multimedia). Tujuan program ini diadakan untuk memantapkan pengetahuan setiap peserta dalam bidang kepimpinan, pengurusan organisasi dan pemantapan dalam organisasi. Program ini memainkan peranan yang penting untuk membantu peserta dalam mengendalikan sesuatu organisasi dengan lebih efisien dan berketerampilan dari segi kepemimpinan dalam memimpin sebuah organisasi yang dianggotai serta membina keyakinan diri dalam setiap diri peserta untuk memimpin dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin.
Majlis ini dimulakan dengan ketibaan Majlis Tertinggi RoboPRO dan CoDEX pada pukul 8:15 pagi dan diteruskan dengan slot yang pertama iaitu taklimat tentang penyelerasan dokumentasi yang disampaikan oleh Cik Wan Nur Fazlin Binti Wan Mohd Zaki (Pegawai Tadbir HEPA UniSZA). Slot 2 pula diteruskan iaitu Hands-on Practical Documentation, Commentary & QnA dimana peserta awal iaitu Majlis Tertinggi kelab dan persatuan melakukan praktikal berdasarkan tajuk yang diterima dan dianalisis bersama kesalahan dan perincian yang perlu ditambah serta sesi soal jawab juga dilakukan. Seterusnya, pada pukul 12:00 tengah hari, Majlis Perasmian dilakukan dan Pengarah Program LeadershipSync telah memberi ucapan serta telah dirasmikan oleh Dr Elissa Nadia Binti Madi (Ketua Pusat Pengajian Multimedia). Program diteruskan dengan ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Ustaz Zulkeefli Bin Awang (Pegawai Hal Ehwal Islam UniSZA) serta kuiz kepimpinan.
Sesi penyampaian hadiah dan saguhati juga diteruskan dengan memberi hadiah kepada peserta yang mendapat tempat pertama, kedua, ketiga dan saguhati dalam pertandingan quiz kepimpinan. Slot yang terakhir disampaikan oleh Airil Ikhmal Bin Hasnan Anuar (Eksekutif Kesukarelawan dan Komuniti) iaitu ceramah yang bertajuk ‘The Power Of Influence Talk’. Program bersurai pada pukul 5:30 p.m.