CREATIVE CARNIVAL

TARIKH                 : 21 MEI 2024(SELASA)

TEMPAT               : FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

ANJURAN            : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK)

KERJASAMA       : - PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (PTNC HEPA)

                                - FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK)

 

creative

 

Pada 21 Mei 2024 telah berlangsungnya Program Creative Carnival 1.0 di Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA Kampus Besut. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, dan Fakulti Informatik dan Komputeran yang melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa UniSZA Kampus Besut. Terdapat 2 bengkel yang diadakan pada hari program iaitu bengkel fotografi dan bengkel videografi serta pertandingan fotografi kepada para peserta. Pada hari tersebut, booth jualan juga telah dilaksanakan bagi memeriahkan majlis.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memupuk minat mahasiswa ke arah bidang yang menjurus kepada pemikiran yang kreatif dan inovatif. Selain daripada itu, mahasiswa dapat menyampaikan hasil yang berkualiti tinggi dalam kerjaya pada masa hadapan seperti dalam bidang fotografi dan videografi. Selain itu, pertandingan yang diadakan sepanjang program ini berlangsung telah memberi peluang kepada pelajar - pelajar untuk menonjolkan bakat dan kemahiran mereka. Majlis penutupan telah dijalankan pada jam 3.30 Petang dan dirasmikan oleh Dr. Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris, penasihat PMFIK. Majlis penutupan ini turut dihadiri oleh panel penceramah jemputan iaitu Encik Amir Muhammad Zulfadhli Bin Mohd Faizal bersama Encik Mohd Imran Hakimi Bin Ramlan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan lancar dengan jayanya. Perkara ini dapat dilihat melalui penglibatan semua ahli PMFIK yang menunjukkan komitmen dalam proses sepanjang menjayakan program ini dari awal sehinggalah penutup program. Terima kasih juga kepada para pelajar yang turut sudi hadir bagi memeriahkan majlis penutupan Program Creative Carnival 1.0. Kesimpulannya, semoga program ini dapat diteruskan di UniSZA Kampus Besut agar dapat lebih memeriahkan suasana di Fakulti Informatik dan Komputeran dan memberi manfaat kepada semua mahasiswa.

 

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/07/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin