SUA RAYA AIDILFITRI FIK 2024

NAMA PROGRAM                : SUA RAYA AIDILFITRI FIK 2024

ANJURAN                              : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK & KOMPUTERAN (PMFIK)

DENGAN KERJASAMA       : MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

TARIKH                                  : 16 MEI 2024

TEMPAT                                 : KOMPLEKS AKADEMIK DAN PENTADBIRAN KAMPUS BESUT

 

Pada 16 Mei 2024 bersamaan 7 Zulkaedah 1445H telah berlangsungnya satu program yang bertempat di Kompleks Akademik dan Pentadbiran iaitu program Sua Raya Aidilfitri FIK 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik Dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (PTNC HEPA), Pengarah Kampus Besut (PPKB), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Program ini diadakan selama satu (1) hari bertempat di Kompleks Akademik dan Pentadbiran Kampus Besut. Program ini dilaksanakan secara bersemuka bermula jam 8.00 malam hingga 11.30 malam. Majlis perasmian diadakan pada jam 8.30 malam dan jamuan makan dimulakan pada 8.45 malam. Program ini juga mengandungi beberapa persembahan yang menarik iaitu gabungan dari kelab dan persatuan seperti persembahan tarian dari kelab Indian Society dan persembahan nyanyian dari mahasiswa FIK dan FBIM. Penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah dijalankan oleh persatuan mahasiswa juga diadakan pada malam itu seperti Penyampaian Hadiah Video Tiktok Raya Kreatif dan Penyampaian Hadiah King & Queen Of The Night Raya Besut. Terdapat beberapa gerai jualan peniaga luar di kawasan seberang jalan iaitu Shawarma, Ayam Gunting, Kambing dan Kopi serta Skuter. Tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua warga UniSZA Kampus Besut berkongsi kegembiraan meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa tanpa ada perbezaan antara miskin dan kaya. Akhir sekali, program ini mampu mengeratkan hubungan antara kesemua persatuan mahasiswa di Kampus Besut dan Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA apabila berganding bahu untuk menjayakan program ini.

Secara keseluruhannya program Sua Raya Aidilfitri FIK 2024 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang hadir adalah sangat ramai dan memenuhi kawasan Kompleks Akademik dan Pentadbiran Kampus Besut. Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/07/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin