ENGLISH DAY 1.0

NAMA PROGRAM   : ENGLISH DAY 1.0

ANJURAN               : PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK) DENGAN KERJASAMA FAKULTI INFORMATIK KOMPUTERAN (FIK)

TARIKH                     : 23 - 28 JUN 2024

TEMPAT                   : PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH, UNISZA KAMPUS BESUT

Pada 23 - 28 Jun 2024 telah berlangsungnya satu program di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA Kampus Besut iaitu program English Day 1.0 yang dianjurkan Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) dengan kerjasama Fakulti Informatik dan  Komputeran  (FIK).  Program  ini  dijalankan  dengan  memberikan  penerangan  tentang “Explain Quote of The Week” dan kata-kata untuk minggu ini ialah “Believe in yourself is the first secret of success”.

Program ini disertai seramai dua orang yang dilangsungkan secara maya iaitu sesi rakaman temubual untuk melatih mahasiswa/i untuk bercakap bahasa inggeris dengan yakin dihadapan kamera. Program English Day 1.0 ini merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh  Persatuan  Mahasiswa  Fakulti  Informatik  dan  Komputeran  (PMFIK)  bertujuan  untuk memberi  peluang  kepada  mahasiswa/i  agar  lebih  berani  menggunakan  Bahasa  Inggeris sebagai medium utama dalam komunikasi seharian mereka serta meyakinkan diri bercakap di hadapan kamera dalam Bahasa Inggeris terutamanya.

Secara keseluruhannya, program English Day 1.0 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan telah dapat menarik minat para peserta untuk menyertai program ini dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif utama program ini. Seterusnya, harapan daripada program ini adalah semoga mahasiswa/i lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian mereka.

Penghargaan kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) 2023/2024 dan urusetia English Day 1.0 kerana telah menganjurkan program sebegini. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan bagi membantu dan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris dimasa akan datang.

 

    

 

 

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/07/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin