Fasiliti

Kemudahan Makmal Di Fakulti Informatik

 

Kesemua makmal dilengkapi dengan komputer, rangkaian, LCD dan skrin. Berikut adalah pecahan makmal di FIT.


Makmal Komputer

Makmal umum disediakan untuk kemudahan pembelajaran pelajar-pelajar sepanjang perkuliahan. Makmal ini dilengkapi dengan komputer, rangkaian komputer dengan kemudahan capaian Internet, Pelayan Komputer, Overhead Projektor dan Skrin Layar. Pelayan Komputer khusus juga disediakan untuk pembangunan laman web, pembinaan portal dan penyelidikan kakitangan FIT. Antara perisian komputer yang disediakan di sini termasuklah Turbo C, Visual C++, PHP, MySQL, Java dan lain-lain perisian aplikasi.

 

Makmal CISCO

Makmal CISCO dilengkapi dengan peralatan rangkaian seperti router, switch, PC, kabel dan lain-lain peralatan yang digunakan oleh pelajar untuk menghasilkan simulasi rangkaian bagi LAN dan WAN untuk peperiksaan persijilan CCNA (CISCO Certified Network Association). Makmal ini juga menyediakan kemudahan capaian Internet untuk kemudahan pelajar memuat turun nota, latihan dan bahan-bahan pembelajaran yang lain yang disediakan oleh pihak CISCO.

 

Makmal Multimedia

Makmal Multimedia pula disediakan untuk kemudahan palajar-pelajar multimedia membangunkan aplikasi multimedia, animasi, audio video, penyuntingan imej dan aplikasi berkaitan. PC disediakan dengan perisian yang berkaitan seperti perisian Adobe Production, Lightwave 3D, Director, Flash dan Sourceforge 8. Toaster dan Kamera DigitalCom serta video juga disediakan untuk kemudahan pelajar dalam pembelajaran.

 

Makmal Penyelenggaraan PC

Makmal Penyelenggaraan PC disediakan khas untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus Penyelenggaraan PC untuk membuat latihan praktikal seperti pemasangan komputer dan menghasilkan suatu rangkaian komputer. Di dalam makmal ini disediakan perkakasan komputer yang berkaitan seperti CPU, kad, RAM, Cakera keras, kabel, hub dan sebagainya.

 

Kuliah

Setiap bilik kuliah boleh memuatkan 30 orang pelajar atau lebih dengan dilengkapi 1 Overhead Projektor dan skrin.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 05/05/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin