Kemudahan Makmal Di Fakulti Informatik
Kesemua makmal dilengkapi dengan komputer, rangkaian, LCD dan skrin. Berikut adalah pecahan makmal di FIT.
Makmal Komputer
Makmal umum disediakan untuk kemudahan pembelajaran pelajar-pelajar sepanjang perkuliahan. Makmal ini dilengkapi dengan komputer, rangkaian komputer dengan kemudahan capaian Internet, Pelayan Komputer, Overhead Projektor dan Skrin Layar. Pelayan Komputer khusus juga disediakan untuk pembangunan laman web, pembinaan portal dan penyelidikan kakitangan FIT. Antara perisian komputer yang disediakan di sini termasuklah Turbo C, Visual C++, PHP, MySQL, Java, Windows 7 (OS), Microsoft Office 2010, Oracle Database, Microsoft Visual Studio 2010, Oracle Virtual Box (VM), Jolicloud, Linux (Ubuntu), MySQLServer 2008 dan lain-lain perisian aplikasi. Galeri
Makmal CISCO
Makmal CISCO dilengkapi dengan peralatan rangkaian seperti router, switch, PC, kabel , Windows 7 (OS), Packet Tracer dan lain-lain peralatan yang digunakan oleh pelajar untuk menghasilkan simulasi rangkaian bagi LAN dan WAN untuk peperiksaan persijilan CCNA (CISCO Certified Network Association). Makmal ini juga menyediakan kemudahan capaian Internet untuk kemudahan pelajar memuat turun nota, latihan dan bahan-bahan pembelajaran yang lain yang disediakan oleh pihak CISCO. Galeri
Makmal Multimedia
Makmal Multimedia pula disediakan untuk kemudahan palajar-pelajar multimedia membangunkan aplikasi multimedia, animasi, audio video, penyuntingan imej dan aplikasi berkaitan. PC disediakan dengan perisian yang berkaitan seperti perisian Adobe Production, Lightwave 3D, Director, Flash dan Sourceforge 8. Toaster dan Kamera DigitalCom serta video juga disediakan untuk kemudahan pelajar dalam pembelajaran. Galeri
Makmal Penyelenggaraan PC
Makmal Penyelenggaraan PC disediakan khas untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus Penyelenggaraan PC untuk membuat latihan praktikal seperti pemasangan komputer dan menghasilkan suatu rangkaian komputer. Di dalam makmal ini disediakan perkakasan komputer yang berkaitan seperti CPU, kad, RAM, Cakera keras, kabel, hub dan sebagainya. Galeri
Kuliah
Setiap bilik kuliah boleh memuatkan 30 orang pelajar atau lebih dengan dilengkapi 1 Overhead Projektor dan skrin.