
Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) mula ditawarkan pada Sesi Mei 1999. Program ini telah memperoleh Akreditasi Sementara MQA/PA 9643 daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula 10 Julai 2017. Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) adalah program pengajian sepenuh masa. Tempoh pengajian bagi program ini adalah dua tahun yang merangkumi ENAM (6) SEMESTER iaitu tiga (3) semester biasa, dua (2) semester pendek dan enam (6) bulan latihan industri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk setiap kursus dikendalikan melalui kuliah, tutorial, praktikal, pembentangan, projek dan latihan industri.
https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=17888