Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) mula ditawarkan pada Sesi Mei 1999. Program ini telah memperoleh Akreditasi Sementara MQA/PA 9643 daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula 10 Julai 2017. Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) adalah program pengajian sepenuh masa. Tempoh pengajian bagi program ini adalah dua tahun yang merangkumi ENAM (6) SEMESTER iaitu tiga (3) semester biasa, dua (2) semester pendek dan enam (6) bulan latihan industri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk setiap kursus dikendalikan melalui kuliah, tutorial, praktikal, pembentangan, projek dan latihan industri.
https://www2.mqa.gov.my/mqr/english/epapariptaAA.cfm?IDAkrKP=17888
Program ini bertujuan untuk memupuk teknokrat kreatif yang berbakat, berdaya tahan dan bertanggungjawab yang akan menggalakkan tanggungjawab universal melalui industri multimedia, dalam menyokong aspirasi nasional dan global Ekonomi Digital.
- Mengaplikasi pengetahuan teknologi maklumat dalam penyelesaian isu komputeran
- Menganalisis penyelesaian isu komputeran berasaskan pengetahuan dalam teknologi maklumat
- Melaksanakan kemahiran teknologi maklumat dalam penghasilan produk dan perkhidmatan komputeran
- Mengamalkan akhlak mulia dalam keterlibatan dengan pelbagai pihak berkepentingan
- Mempraktikkan kemahiran komunikasi yang efektif dan luhur pada setiap masa
- Menggunakan kemahiran digital dalam penghasilan produk dan perkhidmatan teknologi maklumat
- Menggunakan kemahiran numerasi dalam analisis data dan maklumat
- Mempamerkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan dalam melaksanakan amanah
- Mempamerkan kemahiran personal dalam pembangunan kendiri dan profesional
- Menunjukkan kemahiran keusahawanan dalam pengkomersialan produk teknologi maklumat
- Mempunyai nilai murni, etika dan profesionalisme dalam ekosistem teknologi maklumat
- Pereka papan cerita
- Pereka pengajaran
- Pereka grafik, animasi dan multimedia
- Penolong pegawai teknologi maklumat
- Pengaturcara komputer
- Pengaturcara web
- Penolong pendaftar rangkaian komputer
- Pembangun kandungan multimedia
- Pelukis 2D dan 3D
- Usahawan IT dan multimedia
Sesi 2021/2022
Bil | Kod Kursus | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | MPU 21022 | Penghayatan Etika dan Peradaban | 2 |
2 | MPU 23012/ MPU 23022 |
Aqidah dan Akhlak (Islam)/ Moral dan Etika I (Bukan Islam) |
2 |
3 | MPU 23032/ MPU 23042 |
Fiqh Ibadat (Islam)/ Perbandingan Agama I (Bukan Islam) |
2 |
4 | PBD 10102 | English I | 2 |
5 | *** *****3 | Ko-Kurikulum | 3 |
11 |
Bil | Kod Kursus | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | ITD 11103 | Algebra dan Kalkulus | 3 |
2 | ITD 11203 | Pengaturcaraan Komputer | 3 |
3 | ITD 11303 | Pangkalan Data | 3 |
4 | MMD 11103 | Interaksi Mesin-Manusia | 3 |
5 | ITD 13103 | Komunikasi Data | 3 |
6 | MMD 13103 | Seni Lukis dan Seni Reka | 3 |
18 |
Bil | Kod Kursus | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | ITD 11403 | Matematik Diskret | 3 |
2 | MMD 13203 | Penulisan Skrip dan Penghasilan Papan Cerita | 3 |
3 | ITD 21303 | Pengaturcaraan Berorientasikan Objek |
3 |
4 | ITD 13203 | Analisis dan Rekabentuk Sistem | 3 |
5 | ITD 11703 | Senibina Komputer | 3 |
6 | MMD 13503 | Pengarangan Multimedia | 3 |
7 | ******** | Pilihan I | 3 |
21 |
Bil | Kod baharu | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | MPU 23052/ MPU 23062 |
Tajwid Al-Quran (Islam)/ |
2 |
2 | PBD *****2 | Bahasa Asing | 2 |
3 | PBD 10202 | English II* | 2 |
4 | ******** | Pilihan II | 3 |
9 |
Bil | Kod Kursus | Kursus | Jam Kredit |
---|---|---|---|
1 | ITD 21103 | Statistik dan Kebarangkalian | 3 |
2 | MMD 13403 | ***Teknologi Audio dan Video Digital | 3 |
3 | ITD 11803 | Sistem Pengoperasian | 3 |
4 | MMD 13303 | Animasi 3 Dimensi | 3 |
5 | Pilihan III | 3 | |
6 | ITD 21404 | Projek | 4 |
19 |
Bil | Kod Kursus | Kursus | Jam Kredit | Jenis |
---|---|---|---|---|
1 | ITD 27112 | Latihan Industri | 12 | LI |
12 |
Syarat Am Universiti
- Warganegara Malaysia
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu
DAN - LULUS Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Syarat Khas Program
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C SATU(1) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat SPM:
- Matematik
- Matematik Tambahan
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C SATU(1) daripada mata pelajaran berikut pada peringkat SPM:
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Tasawwur Islam
- Bahasa Arab
- Usuf Al-Din
- Syariah
- Manahij Al-Ulum Al-Islamiah
- Al-Adab Wa Al-Balaghah
- Hifz Al-Quran
- Maharat Al-Quran
- Al-Lughah Al-Arabiah
- Al Mu"asirah
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred C DUA(2) daripada mata pelajaran lain selain yang telah dipilih TIDAK TERMASUK bahasa Melayu dan semua subjek diatas
DAN - Mendapat sekurang-kurangnya Gred D daripada mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Jangkamasa program ini adalah dua (2) tahun iaitu tiga semester biasa, dua semester pendek dan enam (6) bulan latihan industri.
Kaedah pembelajaran merangkumi kuliah, tutorial, kerja kursus, latihan amali dan projek akhir.
Bil | Perkara | Bayaran (RM) | ||
---|---|---|---|---|
Yuran Tidak Berulang | ||||
1. | Yuran Pendaftaran | 170.00 | ||
2. | Yuran Pengurusan Am | 170.00 | ||
3. | Yuran Pendaftaran Ko-Kurikulum | 50.00 | ||
4. | Yuran Minggu Mesra Siswa | 250.00 | ||
JUMLAH | 640.00 | |||
Yuran Berulang | ||||
5. | Yuran Pengajian | 300.00 - 400.00 | ||
6. | Yuran Perkhidmatan Am | 150.00 | ||
7. | Yuran Kesihatan | 50.00 | ||
8. | Yuran Perpustakaan | 30.00 | ||
9. | Yuran Kebajikan | 30.00 | ||
10. | Yuran Kemudahan Aktiviti Pelajar | 25.00 | ||
11. | Yuran Kemudahan ICT | 50.00 | ||
12. | Yuran Takaful | 20.00/ sesi | ||
13. | Yuran Ko-Kurikulum | 100.00/ jam kredit | ||
14. | Yuran Makmal | 200.00 | ||
15. | Yuran Kolej Kediaman | - | ||
16. | Yuran Pengurusan Pelajar Antarabangsa | - |
- Yuran Pengurusan Am (No 2) dicaj pada semester 5 sahaja
- Yuran Pentauliahan Ko-kurikulum dicaj pada semester 6 bagi pelajar yang terlibat dengan Ko-Kurikulm yang memerlukan pentauliahan seperti berikut:
- Pelajar tempatan - RM50.00
- Pelajar antarabangsa - USD20
- Yuran Pengajian bagi pelajar yang mendaftar kursus di bawah 12 jam kredit seperti berikut:
- Diploma - RM20.00/ jam kredit
- Ijazah Sarjana Muda (tempatan) - RM20.00/ jam kredit
- Ijazah Sarjana Muda (antarabangsa) - USD30/ jam kredit
- Yuran Kolej Kediaman - rujuk laman web kolej kediaman www.unisza.edu.my/kolejkediaman