Ucapan Dekan

Assalamualaikum Warahmatullah dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin dan kurnianya kita diberikan nikmat kehidupan dan diberi peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) demi meningkatkan kemajuan diri, bangsa dan negara kita. Kepada semua mahasiswa-mahasiswi, tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan menjejakkan kaki ke peringkat universiti, khususnya ke Fakulti Informatik dan Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Tembila Besut. Hargailah dan manafaatkanlan peluang yang diberikan ini sebaik mungkin, kerana ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bakal diperolehi merupakan satu bekalan yang amat bernilai dalam mengharungi masa depan semua.

Sejak penubuhannya, Fakulti Informatik dan Komputeran telah memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga professional dalam bidang ICT yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan sahsiah diri yang tinggi malah kebolehan mengamalkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari secara terus sebagaimana yang diperlukan oleh pihak industri dan pasaran kerja. Beberapa program akademik yang bersifat pembelajaran sepanjang hayat bermula dari peringkat diploma hingga ke doktor falsafah telah ditawarkan bagi memenuhi keperluan modal insan negara dan kelestarian pembangunan aplikasi ICT sejagat. 

Di samping itu, elemen keperluan modal insaniah dan pembangunan sahsiah diri diterap secara formal dalam kurikulum akademik bagi memastikan graduan yang dilahirkan memenuhi visi universiti iaitu graduan berketerampilan dan mempunyai ciri kepemimpinan yang luhur.

Bagi memastikan kualiti akademik pelajar sentiasa memenuhi kehendak pasaran kerja dan industri, fakulti sentiasa meningkatkan jaringan kerjasama dengan pemain utama industri ICT dan agensi kerajaan seperti Multimedia Development Corporation (MDeC), CISCO, Microsoft, Prestariang Sdn. Bhd., Oracle, kerajaan negeri, MOSTI, Jaring, MIMOS dan lain-lain.

Akhir kata, Pihak pengurusan fakulti cukup berkeyakinan dengan gabungan kakitangan akademik yang berpengalaman, kolaborasi industri yang kukuh serta variasi pelajar terpilih yang cemerlang akan dapat menghasilkan graduan yang memenuhi aspirasi negara dan piawaian teknokrat keperluan antarabangsa.

Selamat belajar dan selamat maju jaya.

Wassalamualaikum.

Prof. Madya Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman

Dekan, Fakulti Informatik dan Komputeran

Universiti Sultan Zainal Abidin

 

 

 

 

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin