Hari Keluarga FIK 2019 Merapatkan Jurang Silaturahim

Kuantan – Pada 17 hingga 19 Januari 2019, “Family Day FIK 2019” telah berjaya dianjurkan oleh Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA Kampus Besut buat julung kali diadakan bertempat di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan, Pahang.

Program 3 hari 2 malam ini bertemakan “Sayang Keluarga, Suka Kerja” jelas sekali telah mencapai objektif penganjurannya iaitu untuk memupuk ukhuwah antara staf akademik dan bukan akademik di FIK. Selain itu, program ini juga dilihat sebagai landasan bagi menyemarakkan lagi semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh AJK Penganjuran. Tambahan pula, dapat memberikan ruang kepada staf FIK untuk lebih saling mengenali di kalangan ahli keluarga staf dan staf sendiri.

Program ini dimulakan seawal jam 8.30 pagi pada 18 Januari 2019 di tepi pantai dan dimulakan dengan sukaneka, bagi kategori Staf Lelaki Dewasa dan Kanak-Kanak bawah 6 tahun diadakan serentak iaitu acara Bowling Kelapa dan disusuli acara Gorilla Walk.  Manakala acara bagi kanak-kanak iaitu Bawa Bola Ping Pong Dengan Sudu yang telah disertai oleh 14 orang kanak-kanak. Usai sahaja acara tersebut, sukaneka bagi Kategori Wanita Dewasa turut diadakan iaitu Pancing Botol Tanpa Menggunakan Tangan, yang telah disertai oleh 4 kumpulan wanita terdiri daripada 5 orang staf wanita. Acara ini telah mendapat perhatian yang menggalakkan daripada anak-anak muda staf yang menyokong ibu-ibu mereka yang bertanding. Seiring acara itu, diadakan juga acara bagi Kanak-kanak Bawah 12 tahun iaitu, Pindahkan Air Ke Baldi dengan menggunakan span yang telah disertai oleh 9 orang kanak-kanak bagi setiap 2 kumpulan.

Program FD FIK 2019 diteruskan kembali pada jam 2.30 petang di Dewan Casuarina yang melibatkan acara indoor. Setiap keluarga telah dibahagikan kepada 3 kumpulan besar yang meliputi 4-5 keluarga bagi 1 kumpulan. Pihak urusetia telah menyediakan banyak permainan yang sangat meriah untuk setiap keluarga menyertainya.  Setiap pertandingan yang diadakan telah mendapat sambutan hangat daripada ahli keluarga terutamanya pertandingan Titian Bola dan Cuba Teka?. Acara Kacang Tersempit juga tidak kurang hebatnya, ahli yang hebat menggunakan chopstick di “wajibkan” mengetuai kumpulan dalam acara ini. Ini adalah kerana, kumpulan yang berjaya menyepit kacang terbanyak dalam masa 2 minit dikira sebagai pemenang. Oleh yang demikian, kumpulan B telah berjaya mengumpul sebanyak 235 biji kacang bagi kategori wanita dan lelaki dan diangkat sebagai pemenang keseluruhan bagi acara ini.

Family Day FIK 2019 telah dirasmikan pada malam 18 Januari 2019 yang merupakan acara penutup, di Dewan Hibiscus oleh Dekan FIK, Prof. Madya Dr. Syadiah Nor binti Wan Shamsuddin. Dalam ucapan perasmian beliau telah memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana penganjuran FD FIK 2019 dikatakan telah berjaya diadakan dalam keadaan yang sangat meriah dan beliau berterima kasih kepada semua yang telah berkorban masa dan tenaga bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Acara kedua kemuncak adalah penyampaian hadiah kepada semua pemenang sukaneka dan treasurehunt. Penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh ahli keluarga yang bukan terdiri dari kalangan staf FIK. Acara kemuncak bagi FD FIK 2019 kali ini adalah acara potong kek khas untuk ‘January Babies’ di kalangan keluarga besar FIK.

Akhir kata, Hari Keluarga FIK 2019 mungkin banyak cacat celanya tetapi alhamdulillah program ini telah berjaya dijalankan dengan lancar tanpa banyak masalah yang dihadapi. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga tema Hari Keluarga FIK 2019 “Sayang Keluarga, Suka Kerja” meresap ke dalam jiwa setiap staf Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) bersama memupuk kasih sayang sesama staf.

 

fd 2019

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin