Bengkel Pemurnian DCI FIK 2019

Pada 7 Mac 2019 (Khamis), Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemurnian Detailed Course Information (DCI) di peringkat fakulti bagi menambahbaik komponen DCI terkini mengikut keperluan Audit Akreditasi Penuh dan Audit Verifikasi MQA bagi program Ijazah dan Diploma.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 30 orang staf akademik FIK yang turut menyumbang idea dalam menambahbaik komponen DCI sediaada. Sebanyak 4 kumpulan telah dibentuk bagi membincangkan kursus-kursus yang mengikut kepakaran pensyarah. Antara kumpulan yang terlibat adalah seperti berikut :

  1. Pembangunan Perisian
  2. Rangkaian
  3. Komputeran Internet, Teknologi Maklumat dan Matematik
  4. Multimedia

Melalui penambahbaikan dalam bengkel ini, DCI yang telah dimuktamadkan akan dipohon untuk kelulusan di peringkat fakulti melalui Mesyuarat Pengurusan fakulti dan diperingkat Universiti melalui mesyuarat Pengurusan Akademik (MPA).

DSC 0027

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin