Previous Next

PENGAGIHAN SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN 1440H

Ramadhan mengajar setiap insan menginsafi diri atas kekurangan orang lain. Tidak semua dapat berbuka puasa dalam keadaan yang mewah dan selesa. Apa yang penting adalah kegembiraan ketika berbuka puasa dalam keadaan yang bersyukur dengan apa yang mencukupi.

Merasai syukur pada yang cukup adalah nikmat iman yang tinggi dan akan membina roh dan jiwa yang sentiasa ingin berbuat kebaikan sesama insan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah :148, “ Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya, oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kabaikan,”

Dengan berlumba-lumba dan bersegera dalam melakukan kebaikan (Fastabiqul Khairat) setiap insan dituntut tidak melepaskan apa sahaja peluang kebajikan atau pintu kebaikan yang ada dihadapan mata apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Antara kebajikan yang dituntut disepanjang Ramadhan selain berpuasa, adalah dengan memperbanyakkan amal jariah seperti berinfaq, berwaqaf dan mengeluarkan zakat.

Demi menyahut seruan itu, pada 27 Mei 2019 Fakulti Informatik dan Komputeran telah bersepakat untuk mengadakan program penyerahan sumbangan infaq Ramadhan yang telah diagihkan kepada pekerja bahagian pembersihan di fakulti ini.

Hasil kutipan Tabung Infaq daripada kakitangan FIK yang telah dikumpulkan sejak awal Ramadhan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pengagihan infaq Ramadhan tersebut yang diagihkan dalam bentuk wang ringgit dan sedikit sumbangan kuih raya kepada lebih kurang 14 orang pekerja pembersihan di FIK.

Turut hadir bagi melancarkan majlis Program Infaq Ramadhan ini adalah ahli pengurusan fakulti, pensyarah FIK dan staf pentadbiran FIK sendiri. Sumbangan infaq Ramadhan ini telah disampaikan sendiri oleh Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran, YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Binti Wan Shamsuddin.

Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu golongan yang memerlukan disamping sebagai tanda ucapan terima kasih diatas sumbangan tenaga kerja yang mereka hulurkan. “ Sedekah itu menghapus dosa seperti air memadam api”. (HR Al- Tirmidzi).

DSC 1453

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin