PROGRAM KPM CELCOM SISWAPRENEUR @GOOGLE BOOTCAMP 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Google Malaysia telah menganjurkan program KPM- Celcom Siswapreneur @Google Bootcamp 2019. Program ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan usahawan di kalangan graduan serta memiliki ciri- ciri usahawan digital yang kompetitif dan berjaya. Program ini telah berlangsung selama 2 hari, iaitu pada tarikh 28- 29 September 2019 bertempat di Residensi Hall UTMKL.

Sehubungan dengan itu, mahasiswa/i dari seluruh universiti serta pensyarah dijemput bagi menyertai dan memeriahkan program ini.

Nama-nama yang terlibat:-

  1. Mohd Zulhilmi b. Mohd Sofi - ISMSK(KI) Sem 3
  2. Anas Lukman b. Ali - ISMSK(KI) Sem 3
  3. Faiz Akmal b. Mohd Rohaidi - ISMSK (KI) Sem 3

4.Syakir Muhsin b. Mohamad - ISMSK(KRK) Sem 3

  1. Atfa Humaira bt. Ahmad Zaini - DTMM5
  2. Wan Noor Najihah bt Wan Mohd Amizi - ISMSK(KI) Sem 5

Pensyarah pengiring

  1. Prof. Madya Ts. Dr. Mokhairi Bin Makhtar
  2. Dr. Mohd Fadzil Bin Abdul Kadir

Sebagai rumusan, program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Google Malaysia telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Mahasiswa/i juga telah didedahkan dengan pelbagai tips dan teknik yang betul sebelum ingin memulakan sesuatu perniagaan di dalam industri Malaysia mahupun luar negara. Diharapkan semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana terdapat banyak impak yang positif serta ia mendapat sambutan yang sangat baik oleh mahasiswa/i dari seluruh universiti.

bootcamp

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin